Wednesday, December 23, 2009

jom pakat kita makan banyak-banyak

alkisahnya, imam syafie pada suatu hari pergi ke kenduri kendara bersama imam ahmad.maka pada setiap majlis yang mereka hadiri tu dihidangkan makanan yang lazat-lazat dan menyelerakan.tetapi imam syafie hanya makan sedikit sahaja dan imam ahmad menyedari perbuatan imam syafie tersebut.


maka pada ketika yang lain,imam ahmad menjemput imam syafie datang kerumahnya untuk menjamah selera.imam ahmad pun menyediakan makanan yang enak lalu menjemput imam syafie untuk makan.


untuk kejutan imam ahmad,imam syafie makan dengan begitu banyak sekali.sehingga bertambah-tambah,tidak seperti yang dilakukan kebiasaannya oleh imam syafie.


lalu imam ahmad bertanya mengenai hal tersebut.

jawab imam syafie, 'aku hanya makan sedikit di majlis majlis tersebut kerana aku tidak pasti akan halal haram harta tuan majlis dan makanan tersebut.tetapi untuk engkau,aku amat yakin ianya berpunca dari sumber yang halal dan bersih,oleh itu aku hendak memenuhkan seluruh tubuhku dari sumber harta yang halal'.



1.diceritakan oleh pak syeikh arab,amek masters bidang tafsir di uni yarmuk.
2.okeh dah boleh sambung menulis untuk PSL

Saturday, December 12, 2009

Director's Pick ; Preview PSL

BACKGROUND ; Setelah kebanyakan pemain PSL bercuti ke Turki,Malaysia,Kepulauan Bahamas dan mengerjakan Haji,minggu ini kita disajikan dengan pertembungan Real Benchwarmer FCdan Warung Din Selamat FC.Warung Din masih perfect dengan 2 perlawanan,2 kemenangan manakala Wassiek dan kawan-kawan sedang berkobar-kobar dengan kehadiran En. Hasmat yang membantu mereka menang dalam perlawanan yang lepas.

RB
; Selepas kemenangan besar perlawanan sebelum ini,ternyata RB tidak patut diketepikan sebagai calon juara PSL.Dengan En Hasmat yang bertindak sebagai DM,Wassiek dan Tadin mampu menyerang dengan senang hati.Tetapi peminat RB masih meragui keberkesanan pasangan pertahanan Zhafri-Muiz yang kelihatan agak longgar...........more at permai super league.

Tuesday, December 1, 2009

Brick By Boring Brick

If it's not real
You can't hold it in your hand
You can't feel it with your heart
And I won't believe it
But if it's true
You can see it with your eyes
Oh even in the dark
And that's where I want to be


Tuesday, November 17, 2009

aku dan cristiano ronaldo

selepas solat isya' tadi aku pergi ke al-ghazawi.nak beli barang2 keperluan rumah.dengan bekalan 20jd untuk habis november (saving mode) erat aku genggam dalam tapak tangan.


so,the very first thing aku capai dalam supermarket adalah indomee 2 paket.satu perisa ayam spesel dan ayam kaldu (eventho i still dont know what kaldu suppose to mean,after 5 years).cukup kot untuk survive 1 minggu.plus minus.



kemudian aku pergi section rambut.gel rambut dah nak habis.gel cap ayam mmg aku xbagi 2nd thought.aku bab accessories ni kene mahal2 sikit.biar makan megi,jangan gel cap ayam.tu prinsip aku kejap betul2 dalam dada.


kemudian setelah amek gel paling mahal yang mampu dijual oleh ghazawi,baru aku teringat deodorant dah nak habis.so sebelum habis baik topap,ye tak.


ada macam2 jenis deodorant yang ditawarkan.aku carik yang paling mahal.hmm,dilemma.sebab ade cap nivea,yang c.ronaldo buat iklan tu.


aku dengan c.ronaldo mmg tak ngam.dari dulu.die tadika lain,aku tadika ISLAM NAIM.die suke makan spagetti (haha bajet itali) aku suke makan karipap.aku suka perempuan pakai tudung,die jenis tak kisah.so mudah cakap aku dengan die mmg tak sebulu.


tapi part melaram,kite mmg satu prinsip.main bola kene hensem.bia kalah 10-o,tapi jangan rambut macam musang.biar lompat ketiak terbukak luas,asal bau deodorant kuat.


tu yang aku sipi2 nak ambil deodorant cap nivea itu hari.kalau tak kenang kan el classico lagi 2 minggu,memang pasni lalu syari' jamiah orang boleh mintak autograf.










pernah aku nak mintak brader kedai potong rambut style ular,macam c.ronaldo.tapi nak cakap dalam arab 'zai hayy' macam pelik sangat pulak.

Friday, November 6, 2009

the first step is the hardest step

kehadapan team mate X FC (masih belum ditentukan) ku yang dihormati.

perlawanan pembukaan PSL harini banyak mengajar kita bukan?ya,kita semua telah diayam dan disembelih 3-0 oleh team warung ust din selamat.kita sama kucar kacir di tengah padang,depan padang hingga ke bahagian belakang gol.

janganlah kita menyalahkan sesiapa kerana team itu ibarat henfon sony ericsson yang rosak keypadnya,rosak satu key maka temperlah empunyanya.

apa yang penting,kita cuba sedaya upaya,cuba mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan kawan2 kita yang sama2 berusaha dan mengalirkan peluh demi maruah team X.


rome was not build in one day.sape tahu team kita boleh pergi jauh,cuma permulaan yang buruk tak semestinya akan menentukan course keseluruhan PSL ni.pastikan kita cuba yang terbaik dan baiki kelemahan masing2.



cuma yang paling utama dan terutama,niat kita join PSL ni kerana apa?




pastikan anda yang tak in wavelength dengan entri kali ni melayari web PSL di http://permaisuperleague.blogspot.com/

Saturday, October 31, 2009

bitter tart still in demand



warga irbid mungkin dah tengok filem ni.tapi untuk peminat2 edward cullen khususnya ataupun twilight series am nya,jangan ketinggalan menonton kemunculan cameo mar cullen (adek sedara edward cullen) dalam bitter.tart ni.

Friday, October 23, 2009

tingkat berapa

kalau korang yang dah mula klinikal,gerenti akan menikmati kehidupan di KAUH.yang dikatakan antara hospital terhebat di jordan.sebenarnya mmg hebat,hospital klang tu macam ketinggalan adelah dalam 4 5 tahun.



so kehidupan di KAUH agak perit.kebanyakan rotations memerlukan korang tiba pada pukul 8.15am.means bertolak dari irbid dalam pukul 7.30.means kene keluar rumah pukul 7.15 atau lebih kurang.


doktor2 KAUH pun kebanyakannya agak strict berbanding dengan doktor2 hospital lain.sebab mungkin nak jaga standed JUST,KAUH dan Jordan umumnya.


dekat KAUH ni kalau tak naik lif alamatnya pengsan la.esp kalau nak ke CCU,tingkat atas2.nak turun pun rase, "bile nak sampai GF ni hah??"



ade satu kali,lepas exam ortho.aku dengan pening2 ayam,cepat2 masuk lif.penuh tak penuh jugak la.ada makcik2 kampung,ada budak2 4th yang baru habis amek history (agaknya) , budak2 6th year baru habis xm OnG.semua nak cepat2 turun.



so out of the blue makcik2 badwi tu macam tanye kat brader tepi pintu lif.

'Aku nak pergi department 'SUKKARI' (diabetes).kat mane ye?'


semua diam.penat kot.nak cepat balik rumah pun mungkin.



tetiba ade seorang budak yang amat berbudi bahasa menjawab soalan makcik tersebut dengan sopan, 'tingkat S makcik'.




aku tergelak sampai tingkat GF.





tafsiran ; sepatutnya makcik tersebut pergi ke tingkat 6 7 atau 8 (aku pun dah xpasti haha).sebab kat situ la deparment internal medicine untuk pt diabetes.

tingkat S pula adalah untuk tingkat Services,macam katil2,selimut2,bantal2,makanan2, dan entah sebab aku pun tak pernah lepak2 situ.

budak tu pun bantai tingkat S sebab department Sukkari agaknya.ciss

Monday, August 3, 2009

si dia yang bernama Hadi

ku coretkan entri ini untuk tatapan mu Hadi,walaupun ku tau ko memang tak hengen nak baca blog aku.



alhamdulillah,baru-baru ni aku berpeluang untuk menziarahi spiesis yang amat rare untuk dijumpai di majlis2 ataupun parti2 karaoke yang ada kat irbid ni.ya,beliaulah yang bernama Hadi.

aku syak junior tahun 1 pun gerenti ramai yang tak kenal Hadi.ye,beliau memang low profile,tawaddhu', pemalu , cute dan suke gelak kuat2.


aku ni somehow adela modal nak sembang dan buat lawak dengan Hadi.especially kalau pasal bola sepak, arsenal fc , managerial thingy , dan kadang2 harga turun naik pasaran hatay di Mat'amjie.kira kalau terperangkap dalam gua ashabul kahfi tu adelah modal nak sembang.


haa terus kepada moral cerita, hadi ni bukan pendiam macam orang awam sangka.beliau peramah dan easy going sebenarnya.cuma kene adjust sikit la topik tu, kalau bukak cerita urtv dan mangga aku tak yakinla hadi akan layan korang.



contohnya, ni time aku ziarah budak2 batch mep5 aritu (ye,kutip duit untuk sama2 hadiahkan stroller untuk asiah awatif binti aiman) sempat la update pasal hadi.


so aku bukak story.


'camni hadi,abang aizat cadangkan batch kita dengan batch atas supaya kumpulkan duit untuk beli something untuk asiah..' aku umpan slow-slow.


'ok..pastu?' jawab hadi sambil tak nak hidang air untuk aku.cisss


'pastu aku tanyala aiman..man,oo man..ko rasa2 ape yang asiah perlukan untuk sekarang ni?'


'aku rasa asiah perlukan stroller la...jawab aiman,' aku explain.


aku tenung muka hadi.harap2 dia dah dapat tangkap la aku nak mintak duit.dia tersenyum.aku konpius.selalunya hadi cam banyak soal kalau bab duit.


tapi dengan selambenye dia buat lawak yang sampai aku rasa nak karate tenggorok dia.


'tapi aku rasa asiah lagi perlukan pendidikan daripada stroller,' jawab hadi sambil tergelak besar macam selalu dia buat.

Saturday, July 25, 2009

Sri Andalas Racing Club (bakal menjadi seperti Williams F1)

sedari sejak kecil,apa-apa acara yang melibatkan kelajuan kaki aku memang tak berapa yakin dengan diri sendiri.


darjah 4,sekolah nak cari wakil sekolah untuk masuk MSSD (majlis sukan sekolah daerah kalau tak silap). aku terus sign up.sebabnya time saringan tu kebetulan sebelum ada saringan untuk carik team bola sepak sekolah (ni kene ada entri lain).jadi macam orang tua cakap, alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.

kitorang yang berharap ni beratur panjang.dalam 50 budak jugak aku kira.aku bajet memang xboleh pergi jauh ni,sebab yang masuk bukan calang-calang.budak-budak Shah Alam memang hujung kaki aku je.bajet budak bandar la korang.

tapi yang buat aku cuak budak-budak Meru,budak Sijangkang,budak Kapar,budak Batu Belah,budak Puchong..muka semua ganas-ganas.budak kampung.kaki berparut macam baru balik perang.


bile wisel bertiup je,aku pejam mata kejap-kejap.langkah kaki besar-besar.debu masuk hidung aku rilek.ada aku dengar budak jatuh tergolek,sebab terpijak kaki member.dah macam pelarian mexico kene kejar dek polis amerika pulak aku rasa.

sedar-sedar dah sampai penamat.tak sangka budak andalas yang di-ikon-kan macam budak Bukit Bintang atau Los Angeles macam aku ni lepas jugak saringan pertama lumba lari.bangga.
seken round saringan tak payah aku cerita.tak rasa hero la pulak kan.


+++

lumba basikal,selalu dekat taman permainan depan rumah,jalan sri damak,taman sri andalas.

basikal dah bes dah BMX,tapi kalah jugak dengan adzim.budak-budak ejek,adzim yang pendek pun boleh kalahkan aku yang kaki panjang.

aku bagi alasan sebab nak elak pakcik makcik yang tengah jogging atas trek.logik apa.

++

ni esok,last round nak race go cart dengan budak-budak otai racing sebelum balik malaysia.
somehow aku rasa yakin kalau berlumba yang tak melibatkan kelajuan kaki ni.rekod sebelum ni agak baik,tapi bile dengar awe cerita rekod budak sakan dalam go carting,bergetar jugak jantung ni.


okeh nak rehatkan kaki supaya dapat tekan accelator dengan mapan esok.





mar-raikkonen mengekori rapat achap-macker sebelum ditinggalkan jauh oleh beliau

Tuesday, July 21, 2009

tak sabar nak masuk MHI..dapat masuk pop kuiz pun ok la





tak payah tengok panjang-panjang..yang penting perkataan mustashfa malik 'abdullah al-muassas (tempat aku dengan kawan-kawan diternak menjadi doktor..amin)

Sunday, July 19, 2009

satu anjakan paradigma untuk industri perfileman irbid

sebelum kita pergi ke inside story,i nak u all tontoni short film ni dulu.








inside story 1. teknik light sabre dan kepala yang tercabut (dilakonkan oleh ejad) bukanlah satu yang baru bahkan sinonim dengan pengarah 'hijau' dan baru ini,abdullah ashraf.karya beliau (testing) teknik tersebut boleh disearch di youtube dan femes dikalangan mep5 disekitar awal tahun 09'.


2.i dengar pelakon yang baru naik populariti khabarnya dah mula naik kepala.demand tinggi.nak shooting ikut mood.tu yang kadang2 timbul kemarahan krew dan pengarah di set penggambaran.hai,baru first film dah buat otai ke?macam mana nak maju macam ni.walhal babak kene potong kepala je pun.


3.ada bisik-bisik yang sampai dekat i katanya sepatutnya watak hero adalah orang lain.tapi sebab si pelakon ni tak dapat disiplin dengan masa,beliau digantikan dengan artis lain yang lebih baik.janji lepas maghrib di set,tapi menghilang.rupanya kantoi di gym felix.haii lah artis.



4.manakan pohon bergoyang jikalau tiada angin yang bertiup,ye tak? angin yang i dapat mengatakan seorang pelakon film ni mencadangkan pada babak yang die letak headphone,wallet,kunci,mp3 tu di tambah dengan letak senduk.tapi ditolak mentah-mentah oleh producer sebab tak nak kacau suasana yang tengah seram tu.hmm,ada pro dan kontra.tapi film ni producer punya.artis kalau nak buat jalan cerita sendiri buat la film sendiri.betol tak?



5.pada tayangan perdana haritu,bukan saja akhawat yang menjerit seram.ada suara garau pun menjerit dalam dewan.apa hal??segan i nak mengaku syabab camni.



ada gaya macam bi-pop tak?haha

Tuesday, July 14, 2009

jom meriahkan


ROQS 2009


tahukah anda bahawa dalam lebih kurang 30 minit naik kereta dari irbid anda akan sampai ke Palestin?


korang tau tak at least ada 4 bridge crossing dari Israel ke Jordan?



awak faham ke beza Yahudi biase dengan Yahudi Zionis?


kalau anda no clue terhadap persoalan-persoalan di atas,klik SINI.

Monday, July 13, 2009

homeee

ok sekarang aku nak kemas bilik,basuh baju,dan makan maggi.

jangan kacau.


arghhh penat woo shopping dengan orang perempuan..rasa nak tercabut urat lutut

Friday, June 26, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (go gocarting)

esok insyaallah beberapa jemaah umrah Dhuyuf ArRahman akan mengaplikasikan umrah yang telah mereka lakukan beberapa minggu lalu di dalam litar.


si botak manakah yang akan mengungguli litar amman?


adakah budak2 yang xpergi umrah aritu akan membenam jemaah umrah dalam perlumbaan sulung ini?


mampukah kaki-kaki yang dilatih semasa sa'ie dan tawaf di pagi hari dan di malam hari mampu menekan pedal accelator dengan mapan?


adakah awe yang berstatus raja enjoy amman akan menewaskan acap yang tere bermain need of speed?


mampukah lutut aime menanggung suhu litar yang dijangka melebihi 72 farenheit?


adakah zaujah syamil membenarkan hubby tersayang menyertai program remaja masakini ini?


adakah ejard akan terus menjadi fotographer ofisial aktiviti walaupun diramalkan akan kalah teruk?


adakah farhaba mampu memberikan fokus terhadap mesin go cart walaupun tarikan nota community medicine amat hebat?


adakah muneer yang diberi jolokan putera rempit teluk intan akan turun ke litar setelah cubaan membuzzing beliau sepanjang malam tiada respon?


adakah marwan hadiid akan sekadar menjadi payung boy kepada para pelumba?








....baik aku berhenti daripada terus merepek..

Tuesday, June 23, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (Travel)

sayyidina umar al-khattab pernah berkata ; kalau nak kenal seorang kawan tu bermusafirlah dengannya selama 3 hari.


memang betul kita boleh kenal true colors kawan kita time travel,sebab time travel kita under pressure tak kira lah oleh sebab lapar,perjalanan jauh,bas lembap dan jugak member sebelah tak habis2 buat lawak spastik.rasa nak lempang je jemaah umrah itu.



yang paling aku ingat,aku pun jadi hilang pertimbangan la jugak kalau bab lapar ni.pernah ade sekali aku nak bergaduh atas gunung ledang sebab berebut sekeping biskut tiger.kanibal jugak aku ni.



makanya,geng kitorang time umrah haritu dah kenal lebih 3 tahun.so dah dapat bajet la ape perkara spastik dan tak enak masing2.maka boleh la sabar.yang loud speaker, yang mengada2,yang suka pau makanan,yang dari irbid-madinah (1000 km lebih) tak bangun2 tido dan yang suka menjahit nama sendiri pada topi pun ada jugak.



tapi yang paling best adalah polisi apa yang ada dalam bas adalah milik bersama.macam2 makanan ha boleh makan.sipi xde durian je,kalau tak terbabas bas langgar bukit pasir tepi jalan.

Sunday, June 21, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (Niat)

kali pertama aku pergi umrah adelah disekitar umur darjah 4.baligh pon belum.masa tu first time buat umrah dan first time naik kapal terbang Royal Jordanian.punya gah flight tu sampai tak boleh tido dibuat nya dalam flight.Prince Ali nama nya.tak tau la sekarang ada lagi ke tak,ntah2 dah kene tembak dek anti-air geng2 terrorist.


maka alhamdulillah beberapa hari yang lalu selamat sampai ke irbid setelah 10 hari pergi rehlah imaniah bersama kawan2 sebatch yang seramai 10 orang itu.


perkara pertama yang paling penting dalam setiap perjalanan atau perbuatan adalah niat.sebab niat ni penentu mutu dan kualiti perbuatan kita.


dalam isu umrah contoh nya,kalau dari awal niat nak beli sun shade police,atau wallet esprit atau jugak jeans esprit depan masjidil haram,alamat nya sia-sia lah penat dan lelah (baca penat dan lelah dengan bersungguh2,panas 44 celcius,orang ramai,penat,rasa nak pitam,ragam dan kerenah 11 kepala yang berlainan dan lapar yang tak berkesudahan) yang kita korban kan tadi.



boleh bayang tak kalau 50 jordanian dinar yang kalau ditukar boleh dapat 260 riyal saudi.kaya,kalau tamar nabi tu boleh beli nak dekat 5 kg. (tamar nabi mahal ye).







uniknya niat ni,sebab dia adalah sesuatu yang kita tak boleh nampak.sebab tak mustahil kalau kita beli sun shades police dengan jeans esprit tapi niat ikhlas pergi umrah dan musafir kerana Lillahi taala.betol tak? :)

Wednesday, June 3, 2009

inna ma'al 'usri,yusra.fa inna ma'al 'usri, yusra.dua kali Allah sebut tu

okeh aku update secara membabi buta je ape yang terlintas dalam otak.takde mase nak buat rangka sebab notes pediatrics dah menangis2 mintak susu.



1. teori aku sepanjang 4 tahun sebagai med student adelah ; budak medic time nak xm cepat lapar.(valid untuk lelaki).ade satu kes terbaru kat irbid dia termakan lipas.rupanya lipas tu dah berswimming pool dalam periuk kari.budak tu lapar sangat katenye,sampai lepas tu bole rilek je makan area2 yang tak kene lipas.ini hantar masuk rancangan survivor gerenti macam makan kuaci je ni.

ekceli ni bukan first time aku dengar kes termakan lipas ni.banyak kali.ade yang lagi ekstrim,buat milo untuk stay up,tengah lalok2 tu rupenye ade macam benang terkeluar kat mulut.rupanya lipas cicah milo.

(to clarify, semua kes atas bukan aku okeh)




2.logik ke nak baca lecture notes 60++ bijik dalam 2 hari?logik ke?






3. brader atas ni bukan pemain bola biasa biasa.sape teka dia wakil pemain kampung idaman atau wakil team bola seksyen 24 mmg layak kene lauk ramai2.

lagipulak kalau budak2 yang punya hepi sambut barca menang trebel itu hari tapi jawab ni Abbas Saleh time sekolah dulu,korang memang bukan barca ori.




4. ok baby's sucking and swallowing reflex started at what week?hmmm kene sambung baca buku nampaknye.

Sunday, May 24, 2009

exam itu lumrah hidup

great sayings;



"to study the phenomenon of disease without books is to sail an uncharted sea,
while to study books without patients is not to go to sea at all"

sir william oslet,1849-1919
prof of medicine,oxford,uk



"trailing eagerly behind the surgeon,the student is admonished never to forget alcohol withdrawals a cause of post operative confusion.The scrap of paper on which this is written spends a month in the white pocket before being lost for ever in the laundry.."

Murray Longmore
writer of OHCM



"lion's heart,eagle's eyes,lady's hand = good surgeon"

Dr Kamal Bani Hani,Dean of Medicine,JUST




"Ko berpegang pada tomooh (yakni nota students) gerenti naik tahun"

Marwan Hadiid N.

Friday, May 22, 2009

the wanderer

1. waaah lega dah habis osce surgery.tapi soalan agak susah.


2. budak2 irbid sekarang makin mewah hidup.dulu abg2 first batch telefon parents kat kedai.xde internet,xde pc.nak jalan2 europe jauh sekali.tapi sekarang bukan main.pc besar almari,pergi amman untuk shopping2 macam pergi pasar malam.banyak duit.


ade sekali baru2 ni aku turun just setelah nak setahun aku tak jalan2 kat jamiah.naik bas panjang (bas gonggok). dulu punye la susah nak nampak budak melayu.kalau nampak terus macam 'eh sape tu r?' leher boleh bengkok kalau bas pusing sebab nak dapat line clear.sekarang jalan 5 tapak jumpe sorang.jalan lagi 10 tapak nampak berdua.jalan 20 meter nampak pulak berjalan laki-pompuan berdua2.


kalau lah batch hospital yang tergantung kat leher aku tu membenarkan aku untuk sound depan2 budak2 ni,memang dah lame aku buat.


aku tak kisah kalau makin ramai dan membanjiri yang datang just tapi tak VIOLATE adab dan tradisi budak melayu (yakni syariat islam) yang kami warisi sejak tahun 2000 (first batch).tapi aku cukup rase bengang dan rase mahu luku occipital budak2 mentah yang pandai2 mulakan mende2 tak elok ni.


aku faham je kalau setakat sembang-sembang mesra kat cafe,berjalan berdua-dua ke mujamma' just,bergelak-gelak dan saling tukar2 bag,tukar2 kasut (?) ni biase je kat universiti tempatan,europe, dan siam sana.tapi takkan la tak perasan ko ni berada kat jordan bila touch down kat queen alia airport dulu?

aku berdoa agar lepas 10 tahun aku grad,time aku datang balik ziarah irbid ni,keadaannya masih seperti dulu or sekarang (at least).tak nak la datang irbid budak melayu semua dah macam orang xde pedoman, macam duduk kat Los Angeles (walaupunnn!).


untuk budak2 irbid yang hedonisme,player, yang alim dan soleh,yang muka tak pernah solat masjid, yang selalu ponteng jumaat, yang tak pernah miss kelas tafaaquh dan solat subuh masjid,yang keluar dating layan cinema kat amman, ape2 pun jenis orang korang ni,sile ambil masa untuk baca entri ni.SINI.


3.okeh aku ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 22 kepada sesorang yang kini berada di jauhh sana.walaupun lambat,sebab internet mmg tengah merajuk sekarang ni.. :)

Friday, May 15, 2009

masih muda lagi rasanya

kisah paling awal yang masih dalam memori aku kalau nak dekat hari lahir adalah ketika baru reti nak tengok tarikh.bila baru sedar birthday tinggal lagi 3 hari.aku sibuk2 tanya parents aku hadiah apa diorang nak bagi.parents aku tak fancy sangat bab2 party2,birthday2,presents2 ni.tapi satu je aku mengidam time tu,nak tengok movie Batman.

atas sebab aku tau kemungkinan untuk dapat tengok movie Batman tu mencapai tahap mustahil,aku carik ilham supaya dapat movie untuk hari kelahiran ke 5.

maybe sebab pengaruh majalah Gila-gila membuak2 dalam diri aku, aku ambil satu VCR apentah,aku koyakkan label die.ambil label VCR lain,tulis besar2 BATMAN kat situ.pastu aku simpan baik2 bawah bantal dengan harapan bila 15 mei nanti dia jadi tape cerita batman.



###


ketibaan hari itu memang aku tunggu2. sebelum seminggu ketibaan hari tersebut,aku dah mula tak senang duduk.dalam kelas geografi dan kraftangan aku dah macam PM negara kene swine flu.runsing dan gelisah.kecik2 dah pandai runsing.ape nak jadi ntah.

'mama , agak2 apa wawan dapat time birthday nanti?mama nak bagi apa aa?alang dengan acu mesti bagi hadiah bes2 kan? ' tanya aku kepada mak aku yang sibuk lipat baju depan tv.

'tak payah hadiah2.jangan suka minta2 , ' balas mak aku.

jadi aku pendekkan ceritanya tahun tu hadiah paling gempak pernah aku dapat.jersey ori away manchester utd putih tulis CANTONA 7 kat belakang.perghh tido siap peluk jersi.agaknya kalau esoknya raya gerenti aku pakai jersi pergi masjid solat raya.


###


harini,genap yang ke 22 (uhhuk2) aku hidup.ramai yang sms,junior2 yang tegur2 bila terserempak (ni sebab nazim letak kat ym la ni) ,dan tak lupa yang calling (batok2) buatkan aku rasa kewujudan aku di dunia ni dihargai oleh insan lain.


terima kasih kepada semua..maafkan salah dan silap sy yang lepas mahupun yang akan datang.



semoga hari2 yang mendatang dipenuhi dengan ketaqwaan dan diampunkan dosa oleh Allah.



ingatlah sebenarnya hari jadi ni sebenarnya adalah anugerah Allah yang mengingatkan kita kepada kematian.

Saturday, May 9, 2009

lu bikin gua panasss je kan - remp it

satu perkara yang aku baru belajar ialah sometimes there are always something that out of our reach.macam main bola, kita dah sungguh2,tapi kalau dah xde rezeki tu memang xleh nak buat ape.gol sendiri,bola melayang ke dalam gol sebab angin tiup , tertekel member sendiri ,nak rembat atas kaki tapi tertonjol..semua ni mmg kita xleh nak kawal.so kadang2 kene terima dengan hati yang terbuka. (requote,bad workman always blame his tools)


dulu selepas pmr,aku nak pindah kisas aka 'mrsm kampung jawa'.tapi last2 stay jugak kat jeram,kuala selangor. nak kata xde jodoh la dengan mrsm ni.tapi kalau aku pindah dulu,korang yakin ke wujud blog ni?




dalam 3 4 bulan lepas, aku ada 2 pilihan.samada nak terus guna internet provider TE data atau tukar ke Unimax (ala yg wireless tu). lepas tanye kawan2,buat kiraan matematik asas dan guna logik akal sikit,aku buat keputusan nak guna Unimax.xpayah penat2 pegi balad nak bayar telefon atau tunggu seminggu lebih untuk technician arab datang repair kalau ade problem.



tapi sekarang,aku rase nak lempang je unimax ni.korang tau berapa lama proses nak upload entri kali ni? 4 jam tau x?





aku ingat nak jual la blog ni..ade sape nak beli?wakaka

Monday, May 4, 2009

4 tahun..masih fail

gambar ihsan dari deqmoon.blogspot.com.ni gambar lame,gambar baru jurukamera irbid maseh belom mempublish.die mmg agak slow sikit sekarang,ade interview dengan doctor surgery pagi tadi.



1. first year aku datang jordan..masa tu tengah fit,baru lepas spm la katekan,masih ada kelajuan,adrenalin dengan testesteron membuak2 kalau time main.abg shiham (IKIP) terus masukkan aku dalam skuad main piala duta.

tapi perancangan tinggal perancangan.eksiden dalam taxi sebab bangun lambat nak gi jamiah.jahit dahi 7 kali.tak dapat join piala duta.irbid dapat nombo 2.kalah final.



2. second year,piala duta dekat irbid.masuk final.aime masih fit.lutut masih ala2 figo.masih segar aku ingat aime rembat kene tiang belah kiri.tak masuk.orang kata kalau match asyik kene palang atau tiang ni bad omen.sekali memang betul,kalah dengan team Mu'tah.keciwa.



3. third year, piala duta dah ditukar nama kepada karisma.aku main tengah (CB) tukar2 dengan fadhil atau rafi (time ni dah makin slow..tu yg kene tukar2 haha).langsung xdapat masuk semi sebab ade 'sorang striker' tu amek penalti tak masuk lawan mafraq (las menet tu,last2 mafraq dapat masuk final).ekceli takde bolos pun,tapi kalah sebab goal difference.takde rezeki.



4. 4th year,ejard masuk 10 minit dapat 2 gol,dapat bergaduh dengan sorang budak mafraq (aku minta maaf) main ganti2 dengan faiz.masuk final,tapi kalah lagi sekali dengan Mu'tah.semua budak2 yang sama batch dekat mantiqah lain dah nak balik,aku masih kat sini terngidam2 nak rase emas piala duta.


aiseh..


(terima kasih tuan2 rumah Bayt Dimashq atas hospitality yang best,pihak penganjur,pakcik bawak koster yang laju,pijat2 yang disayangi,semua team bola,maaf dan ampun saya pinta kalau ada salah dan silap..semoga jumpa lagi..byebye!)






dah dah..gua nak sokong barca untuk champions league ni.messi sms haritu,die cakap nak gol 4 bijik kat stamford bridge.aku reply suruh die main defend je.kesian sama chelsea.

kaki jiwang..biaq pi la

Love is always patient and kind
it is never jealous
love is never boastful nor conceited
it is never rude or selfish
it does not take offence neither it is resentful
love takes no pleasure in other people’s sins
but delights in the truth
it is always ready to excuse, to trust, to hope
and to endure whatever comes

-jalan kaki yang untuk diingati


Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya satu
Hanya kamu

-sampai syurga

Wednesday, April 22, 2009

aku gayat dah ni

untuk entri ni aku agak cuak.sebab ni isu yg tgh hot kat irbid,budak2 tengah kecoh2 dalam yahoogroup permai.



nevertheless, aku rase biar la xramai tau aku ade blog, aku lagi selesa dengan status blog underground.ala, macam band meet uncle hussein , underground tu beb.


1st year aku kat jordan presiden permai adelah abg NAHAR. tinggi, berjanggut, berkarisma , elegan , peramah , macam ada aura bila dia ada kat tepi. nak sembang pasal pokemon pun segan. bila dia ada kene bukak topik ummah, masalah fiqh dan tafsir qur'an.punye la hebat dan di hormati.



kebetulan aku tengah high dengan rambut panjang time tu.kebetulan jugak aku dengan abg Nahar agak ngam, sebab die mara - aku pun mara.nak gurau2 tu xde masalah sgtla.

aku perasan jugakla sekali dua die ada jeling2 kat rambut ala2 peterpan aku tu dulu.die sengih2 aku pun balas sengih2.




tapi nak jadi story sehari tu lepas asar time balik dari masjid ayat dia yang sampai sekarang aku cerita kat budak2 yang rambut selekeh "Marwan,semalam ana mimpi anta potong rambut la.tapi ana terkejut tengok hari ni rambut anta panjang lagi. "


aku terus hello sama perunding imej aku cakap nak potong style francesco totti malam tu jugak.

Friday, April 17, 2009

sekitar cinta


zaman muda memang challenging.aku bersyukur sebab zaman muda aku xdela 'sehitam' mane.atleast bile aku dah ada anak xdela segan sangat..sebab,ade beberape kisah cinta yang aku rase bile nanti dah tua diorang sendiri akan rase segan dan malu dengan kisah2 lama.



1- J berkawan baik dgn K. J adelah penasyid sekolah (saham tinggi,sebab budak pompuan senang cair dengan suara merdu nih) , penolong ketua pengawas , mudah mesra , dan paling penting hensem.as expected, J ade GF. tp K biase2,suara sekadar bass,bukan pengawas apetah lagi ketua bas,pemalu (eceh) dan hensem?hmm bolela.so sbb J ni amat high class,die api2kan si K ni supaya carik awek.K segan2 tapi last2 die akur..so die tulis surat.

lantas K koyak sehelai kertas dari buku kotak kecik matematik 1 beliau,mula menulis..
' assalamualaikum,blablabla,saya nak jadi kawan awak boleh tak? yang benar, K.'

sebagai kawan sejati J tolong hantar kat kelas pompuan.lepas habis sekolah,satu kelas pompuan tau K cube tekel awek sorang ni.katenye surat tu diorang tampal kat papan putih kelas.'dahla tulisan buruk,ade hati nak carik awek..' komen sorang ahli kelas.




2 - A minat B.tapi A ni cepat baran.dan,pemalu depan pompuan.atas nasihat kawan2,die cube tekel B dari adik lelaki B.tapi yang agak slack,adik lelaki B ni mulut xbleh blah.aku pun rase panas kalau berbual dengan die.tapi atas cinta yang tulus suci A terhadap B, A sanggup cuba layan conversation dengan adik B ni.sembang punya sembang, A jadi bengang.budak tu macam tak paham2,A cube tekel akak die.lambat pikap.sengal.tak tahan, A kasi satu penumbuk tepat kat umbilical area budak tu.menggelupur jugak la semenet dua.kitorang terus lari.akak tak dapat, ape tak dapat.fail.




3 - kisah tragis lelaki yang xpaham pompuan,dan pompuan xpaham lelaki.jatuh cinta dengan pandangan mata.ahli kelas.mase baru bercinta,sembang2 bukan main.sms memanjang.macam berjalan atas angin.telinga macam asek dengar lagu jiwang karat.memang tak leh nak ubat.lepas setengah tahun yang lelaki ni bz dengan stadi,persatuan.yang pompuan desperate nak kene belai,pujuk rayu macam baru bercinta dulu.gaduh punya gaduh,clash.rugi kredit je bergayut,sms tak hengat dulu2. buang karan.





4 - G memang cun,solehah,pandai. complete package. ramai yang mencuba tekel.macam2 gaya.namun G tetap buat dunno. tapi satu je cubaan yang memang mencabar iman G.cubaan dari sorang budak laki yang jahat,tak hormat cekgu,player,kaya tapi hensem, H. H cuba tulis surat,calling2.lame jugak fatrah cubaan H, akhirnya G bagi respon.kertas separuh buku nota Bahasa Melayu Tatabahasa.

...'maafkan saya,saya tak mahu berfikir tentang bercouple.saya ada tanggungjawab blablabla (pendek je ayat ekceli). sign, G. H akur.





5 - Z budak lelaki yang baik.solat jaga.ilmu agama bukan main.tere main bola.tapi bab wallet jangan main2.xleh lekang dari poket.satu hari kantoi,ada gambar makwe berukuran pasport tersusun cantik kat area transparent wallet.hampeh.poyo.




6 - budak lelaki yang biase2 je.tanye pendapat tentang cinta ' ala bile ade jodoh nanti kahwin la.asal nak cuba2 dengan benda yang tak pasti dan penuh dengan lakonan? ko ingat pompuan ni senang ke nak handle? '

time love is on the air memang sume sedap,tapi bile dah time petir ribut,menjerit marah2 macam orang hilang akal.padehal baru couple je pun.dah kahwin tak tau la.




senang cerita,cinta monyet ni buat jiwa tak tenteram je.buang kredit,buang masa, rase macam nak hentak kepala kat dinding pun ada kalau tension.bukan nak kata langsung xbleh nak bercinta,tapi kene salurkan pada jalan yang betul.

Wednesday, April 8, 2009

teruna yang fail

satu ketika,member aku yang tengah calling2 dengan emak nya di tanah air.muka macho,badan tegap,tapi dengan mak manja bukan main.calling mesia direct pakai henset,bajet macho la tak terkesan dengan global recession.




'mak oo mak.kalau saya nak kahwin nanti,saya nak buat kat rose garden boleh tak?pastu ade lagu2 akustik romantik,pastu makan sedap2..'





'haaa? hang ingat nak kawen ni pakai ayaq liuq kaa?'




terkedu jejaka teruna yang hensem tersebut.wakaka

Saturday, April 4, 2009

kampakaro

5 am - aku bangun dari tidur.cepat2 ambik baldi yang dalamnya ade berus gigi,ubat gigi,dengan sabun.aku capai tuala dari hanger yang tersidai antara 2 almari dan terus ke tandas untuk bersiap.



6 am - sambung mengulang juzu' 4 yang sejak malam tadi tak lancar2. terasa agak cuak untuk pukul 8 time ustaz amin masuk kelas nanti.



7 am - budak2 maahad sume bergegas ke musolla nak membedal sarapan pagi dengan air teh susu paling tiptop di Kuala Selangor.aku tetap tak berganjak dari posisi bersila depan meja kecik mengadap Qur'an.xde masa nak melayan nafsu makan harini.



8 am - ustaz amin masuk kelas.tp selalu nye xde sape yang terus datang tasmi'.agak2 dalam 830am camtu baru ayub,izzudin masuk tasmi'.kemudian barula budak2 ni berebut datang tasmi'.ada jugak yang terhegeh2 angkat tangan buat isyarat nombor 2 tanda nak minta izin buang air besar.alasan je tu.aku tetap rilek di sudut selesa sambil buat2 tak nampak ape yang berlaku.



9 am - ustaz amin dah jeling2 kat aku.masih berlagak cool.rilek bebeh,muka kene yakin. kalau tak nanti ustaz suruh datang tasmi' on the spot,mati.



10 am - Sape Mukhtar Khatam hari ni?tanya ustaz amin kepada semua.aku segan2 angkat tangan.aiseh,aku sorang je ke?ustaz amin mengangguk kepala sambil bangun bersiap2 nak berhenti rehat.budak2 terus terbaring sebaik sahaja ustaz keluar.aku bersandar sambil mula fikir2 alasan nak bagi kat ustaz lepas rehat nanti.



11 am - sambung kelas.aku dah rase macam nak pitam.awat laa susah sangat juzu' 4 ni hah?makan leher ayam ke?xcukup makan kismis?berbotol aku dah telan.agaknya sebab usha awek kot,memandangkan budak maahad ni kire semua hot stuff.semua kemungkinan terpacul dari otak.memang aku xlarat nak mengulang dah.rase macam nak muntah pun ada.



12 pm - kelas hampir tamat.ramai dah tersengguk2.ustaz amin dah mula bermain2 dengan rotan sedepa beliau.aku cuak.sebab hukuman mukhtar khatam paling berat sekali. 'Ok cukup untuk harini..sape tak tasmi',sape tak saba' para,sape tak baca mukhtar..dan sape tak tasmi' mukhtar khatam,beratur depan ni, ' arah ustaz amin sambil pandang tajam kat aku.




maka serentak dengan bunyi zaass akan disambut dengan bunyi 'adehh!!' atau 'awww!!' atau juga 'makkk'!!. posisi rukuk dan rotan hinggap di gluteus maximus.memang sedap.



turn aku paling last.sebab crime paling besar. 'Kampakaro!' jerit ustaz amin.kecut perut aku.aku slow2 ambil posisi rukuk,sambil tangan pegang telinga ikut bawah kelankang.mengexpose kan muscle latissimus dorsi dan trapezius untuk disebat oleh ustaz.air mata jantan mula mengisi kelopak mata.sedih.




zasss!! zass!! zass!! aku getap bibir.budak2 ada yang pandang tempat lain.tak sanggup tengok.ada yang tersengih.kurang asam kau.




zaaaasssssss!!! yang paling last,paling solid die punya rase.air mata memang tak dapat dibendung.aku terus minta izin pergi tandas,nanes puas2 sambil yang lain berkumpul dengar tazkirah penutup dari ustaz amin.




terima kasih ustaz amin kerana mendidik dan mengajar daku erti hidup.

Friday, March 27, 2009

ummu ahmad

salam. For the benefit of those who didn't get to meet this wonderful lady, i thought i will just share with you our memorable evening.

Not too long ago, i was sitting with some medical students in our liqo' and i asked each one of them who their present day hero or idol is. Some said Hassan Al Banna, some said some lecturers they admire (some even said ..me..). I told them my hero is Dr Abdul Aziz Rantissi, the Paediatrician matyr.
Imagine my delight when i was told i could meet Ummu Ahmad, his wife, in person last Monday.

i was expecting to see a thin forlorn looking widow who will tell us tearful stories about her syahid hubby and the difficulties that she had to endure. so I was quite taken aback when this lady, came in suddenly and waved her hand to us and said salam in such a loud and cheery voice, gesturing her hand in the air with the like of a famous celebrity.
She was a picture of health, bubbly,with twinkling eyes and , subhanallah, her face is really shining.I remember when she first came back from Gaza, Dr Fauziah was telling me about how the palestinians sisters face had a kind of shine to it. Now I understood her completely.

This lady is 55 years old and has 22 grandchildren. ...but she looked like she's only 40..and i am not exaggerating when i said this. Those who were with me last Monday can testify to this. (maybe she's born with it...maybe its the fertile soil of palestine... maybe its the fresh food..but definitely it's iman...)

Ummu Ahmad said a lot of things, but i will only share today two things that i remember clearly.
she started by telling us the seerah of Abu Bakr. At one point of time, when the quraish people were oppressing the muslims, Abu Bakr had wanted to hjrah to habshah.But one man, by the name of ibnu Duganah, a kafir, prevented him from going and said he would provide protection for Abu Bakr.
So what did Abu Bakr do after getting the protection? he did something which has got great political strategy, ie,he began reciting Quran next to the kaabah.
All the great men of Quraish suddenly became very worried. They couldnt harm Abu Bakar coz he's under protection from Ibnu Duganah.
So they discussed with Ibnu Duganah and came to conclusion that Abu Bakr can be allowed to do all the islamic syiar but must be done within the confines of his room only. he must never read quran or solat at the kaaba or where other people can see him.

This is what the kafirs are doing even now. They dont mind us doing our islamic obligations, but it must be hidden. we are not encouraged to pray in the mosques..suffice for us to just pray in our house, fast, pay zakat etc..but do not potray your islamic values outwardly.
( i remember an incident when a nurse who was assisting me in surgery sneezed and said excuse me aloud..i told her in Islam we say Alhamdulillah. ..she replied back and said, i said Alhamdulillah 'dalam hati'....). anything which is done 'ddalam hati' only will not worry the kafirs..this is what they want and they have succeeded to a certain degree.

back to Abu Bakr, he refused totally protection from Ibnu Duganah and said i will seek protection from a power much-much stronger than you, i will seek protection only from Allah.

Ummu Ahmad reminded us about the 20 usul by al Banna.

the next important thing she remind us is to increase our tarbiyah zatiyah and tarbiyah to our children. she stresses the importance of bringing up the children and training them with adabul islam.

the session went on and on with sisters not getting enough from the palestinian sisters and they answered all questions so patiently and ummu Ahmad was smiling all the time.

this gutsy grandmother then had a grand finale - she requested to sing a nasyeed....! ! and my what a beautiful nasyeed..(tho' i only understood less than one fifth of the meaning)

And best of all she hugged everyone of us. each one of us had our share of big long long hug...she really took time in hugging us..although there were so many of us..

and so went home with a soul filled to the brim with happiness and feeling contented.our spirits lifted and we feel charged and refreshed...

oh..the beauty of ukkhuwah...
the beauty of iman shining through from your dhamir to your face...

Ya Allah, grant that we will be together in Jannah-for i love her....

Thursday, March 19, 2009

tanah runtuh / landslide

forwarded mssg from nasir syara' ;

Islamics won it,naser 572,ihsan 539,and the other guy 296,we are very proud of all Malaysians..'

Allahu Akbar!

Wednesday, March 18, 2009

same ke ek?

jarang letak video dalam blog.tapi sebab ramai sangat orang cakap muka aku ade iras ihsan qaisy,aku nak korang perati betul2.ade ke takde.



Tuesday, March 17, 2009

apsallak aku nak kene tunggu 2 3 jam untuk mengundi?

dulu memang aku tak heran dengan intikhabat jamiah.betul.aku tak kisah.diorang bagi kad aku amek.akak bagi coklat aku makan.abang bagi bunga aku ambik.(haha).


tapi tahun demi tahun aku mula nampak.ape beza antara parti2 ni.


secara umum,meh aku terangkan ek.



kutlah al-aqsa (muffler hijau) - diorang ni mainly budak2 palestin.tunjang utama ke arah parti Fatah.ala yang nak berdamai dengan israel tu..



watani (tak tau muffler ape) - yang ni plak mcm orang2 jordan.aku mmg anti dengan parti ni.sebab budak2 diorang la yang kurang ajar dengan doktor,yang buat eksen dengan budak melayu kecuali time nak intikhabat dan lain2.korang kalau undi ni memang aku hentak kepala masing2 di tong gas yang berdekatan sebab diorang ni memang x bawak untung kepada budak melayu mahupun untuk duf'ah korang.entah2 sape yang undi diorang terlibat jugak dalam saham buat dosa.



kutlah islamiyyah (gerenti muffler kuning) - haa ini bagos.korang nampak yang edar2 flyers,pamphlets semua baik2 tudung sopan..sepanjang 3 thn aku med student,diorang ni pegang tibb basyari.cume tahun lepas majoriti menurun.tapi diorang memang baik dengan budak melayu,beradab dengan doctor,aktif dalam akademik mahupun rohaniah (prog ihya' fajar fil masjid,fadhilat 10 zulhijjah,cd mini osce internal med..)


mustaqillah (tak tau muffler ape) - ini terpulang pada individu.kalau nampak lambang payung,ikan,sotong,siput sedut tu diorang la.




lagipulak,dah mmg turun temurun budak melayu sapot kutlah islamiyah.abg amin tunai tu siap pernah promot lagi kat intropeksi iman.


tak logik kita berbuih2 cakap nak jadi mahasiswa intelek tapi kita mengelak dari mengundi..lagi teruk kalau kita guna undi untuk golongan taghut.

lagi nak kene sekeh kalau kita langsung tak amek tau dan taknak tau dan taknak bukak hati mengenai hal2 duf'ah kita.sape yang pegang tak heran,asal balik aku bleh main game.eii teruknye kau.



intikhabat - pilihanraya
muffler - kain letak kat leher
tong gas - bekas besi dalam die ade gas untuk memasak,sobah dan buat dumbbell
sobah - mesin pemanas
dumbbell - mesin nak cepat kasi naik masel
israel - negara haram kat palestin
duf'ah - batch..macam duf'ah 2005 (aku) ,duf'ah 2006 (imran haha bangga x?)
tibb basyari - human medicine

Wednesday, March 11, 2009

kita yang gagal


alhamdulillah,kelmarin habis sudah tanggungjawab aku sebagai student internal medicine.harap2 summer nanti xpayah dah jumpe doktor2 dan tingkat 7 KAUH dan tingkat 2 hosp Basmah,tingkat 3 hosp Yarmuk.


tapi ade kisah disebalik kita (budak grup c 4th year) yang sibuk mempersiapkan diri untuk xm.ada kawan kita yang kehilangan 2 orang ahli keluarga rapat beliau di saat2 genting tersebut.maka atas alasan fardi untuk bersiap menghadapi xm,kita lupa untuk melakukan tanggungjawab hak seorang sahabat.


maksud aku,bila kawan kita ditimpa masalah,kita la yang kene tolong die,bagi semangat,motivasi..tp kita buat xheran je..memang aku akui,2 minggu sebelum xm,aku dah benti main bola petang2,pergi masjid lepas solat sunat cepat2 nak balik rumah,tutup pintu baca buku.


agaknya ini kot kelemahan semua med student di seluruh alam,gagal melaksanakan hak seorang sahabat dikala nak dekat xm.


ape2 pun,semoga sahabat tu dibantu Allah dalam xm beliau,dimudahkan urusan peperiksaan,dan memaafkan kami semua yang gagal bertindak sebagai sahabat.


dan semoga roh ahli keluarga yang pulang ke rahmatullah itu dirahmati rohnya,diampunkan dosa2nya, dan diletakkan dalam golongan orang2 yang beriman..





p/s; hampeh tol akak doktor muqim yang ade frackles..bagi signs chrons disease yang susah2..dah tanye oral ulcers dgn joint pain tu mengaku la ade IBD..giggling2 plak macam orang nak ngorat die..ciss

Friday, February 27, 2009

kanda tunggu dinda di taman bunga








sape dapat teka kat mane lokasi gambar2 ni aku belanja HATAY MAT'AMJI satu kali makan (hujung bulan,duit mara tak masuk lagi)..



syarat2 penyertaan; 1.aku berhak pilih sape pemenang
2.tak puas hati boleh hantar emel,sms,ym atau surat layang.
3.hadiah aku berhak tuka/alter mengikut budget dan timing bila2 masa aku nak.

p/s ; model budak2 sekolah diatas xde kene mengena dengan KISAS atau Hira' atau juga SAMBEST (tiada kekerasan atau paksaan digunakan untuk pengambaran ni.)




يأيتها النفس المطمئنة (27) ارجعى إلى ربك راضية مرضية (28) فادخلى فى عبادى (29) وادخلى جنتى (30) الفجر.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang (27), kembalilah kepada Tuhanmu dengan rela dan diridlai (28), masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29), masuklah ke dalam sorga-Ku (30). [Q. S. al-Fajr, 89: 27-30].

Friday, February 20, 2009

marwan hadiid muhamad jiwa ok la jugak

satu petang di akhir musim sejuk.

aku calling budak2 team aku ajak turun family day permai.sekali dalam list ade 4 5 orang yang aku xfamiliar.aku syak ni mesti budak2 IKIP ni,sbb atleast budak JUST 1st year tak kenal nama penuh kenal la nama gelaran2.


aku amek satu nama.


' hello..sape ni ,' budak tu sapa lembut.


' assalamualaikum..ni marwan ni '.


' waalaikumsalam..oo marwan kedah ke marwan jawa ? '




hampehhhhhhhhh

Saturday, February 14, 2009

miow miow

korang tahu ape maksud abu hurairah?

abu hurairah bermaksud bapa kucing.sebab sahabat nabi yang sorang ni memang suka dengan kucing.kalau die nampak kucing die akan sorok dalam baju dan bawak balik rumah.


maka alkisahnye pagi subuh tu ayah aku gerak aku ajak solat subuh.akibat banyak bermain mIRC dan main red alert 2 sampai tengah malam tu,aku dengan rase ngantok amat sangat bangun jugakla.kalau tak bangun nnt ayah aku jerit tengah2 subuh,terkejut pulak baby jiran sebelah.

sebelum masuk tandas tido dulu atas kerusi malas.5 minit.ayah aku sergah lagi.

lepas pakai baju sume,aku terus masuk dalam kereta.tido lagi.ayah aku yang stat enjin kereta,kunci pintu rumah,bukak gate depan,tutup gate depan lepas kereta dah keluar.aku masih tido.


haa..ni baru dah nak jadi cerita.


ontheway ke masjid ampuan rahimah (depan Hosp Klang) secara tibe2 ayah aku membrek dan mengelak gaya kimi raikkonen elak loris capirossi yang tergolek atas trek.aku pun tersentak dari tido yang sementara.

terus segar.apsal?tayar bocor ke?nampak langsuir ke?hantu kacau orang ke nak pergi solat subuh?

aku bab hantu memang tak boleh pergi.perkhemahan darjah 4 aritu habis aku lari bile muallim buat bunyi babi hutan.


ayah aku cakap..'pergi alih kucing yang kat tengah jalan tu'.


aku keluar dan nampak seekor anak kucing baru lahir tengah merangkak2 kat tengah jalan.bulu
masih basah,bunyi miow miow carik emak die.ayya kucing sebbaik laa bukan aku yang drive,kalau tak,bapak monyet kene lenyek pun aku tak sedar.aku letak kucing tu jauh2 tepi jalan.



akhirnya lepas subuh ontheway back dari masjid kitorang lalu tempat sama.rupanya anak kucing tadi dah kene langgar.kepala pecah,kaki tangan bersepah.agaknya die nak lintas balik carik emaknye yang berada diseberang jalan.






beberapa cerita lagi mengenai binatang;

1. Rasulullah s. a. w. pernah menceriterakan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yg menjumpai seekor anjing melolong kerana kehausan kemudian dia melepas kasutnya dipenuhi air utk memberi minum anjing tersebut sehingga merasa puas. Kemudian Rasulullah s. a. w. bersabda: “Maka Allah berterimakasih kepada orang itu serta mengampuninya. Lantas para sahabat bertanya: Apakah ada pahalanya lantaran binatang ya Rasulullah? Jawab Nabi: Dalam tiap hati yg masih basah ada pahalanya. ”

2. Sabda Nabi: “Seorang perempuan akan masuk neraka sebab kucing yg ditahannya tidak diberinya makan dan tidak dilepaskannya utk mencari makan dari serangga darat.

3. Ibnu Umar pernah menyaksikan beberapa orang yg menjadikan ayam sebagai sasaran latihan memanah kemudian ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. melaknat orang yg menjadikan sesuatu yg bernyawa sebagai sasaran. ” Abdullah bin Abbas juga berkata: “Rasulullah s. a. w. melaknat mengadu binatang. ” Sedang yg dimaksud dgn tahrisy iaitu binatang-binatang itu diadu sampai mati atau hampir mati.

Friday, February 6, 2009

tak sia-sia aku menaruh harapan






p/s; 1.muneer kate dah lame kua..cis,laju plak kau info2 hiburan ni yek?baca b-pop/mangga/urtv ek?
2.aime,kau sebagai pereka imej rambut aku,tolong cut macam yasin
3.walaupun gambar agak manja,yasin tetap best!

Friday, January 30, 2009

glory 90'

time zaman aku darjah2,naik bas pagi2,mak kasi bekal roti telur,gel rambut letak segenggam,lepas PJ tak mandi,balik bau macam balik sawah,petang main kejar2,malam ponteng buat kerja rumah-itu semua zaman Selangor FC tengah naik.zaman merah kuning tengah mencanak2.zaman stadium shah alam jem dan bising sebab lawan bola,bukan sebab car boot.


Selangor FC punya star yang masih aku ingat david mitchell,cristopher kiwomya dan tony cote.azman adnan pun power,lari siap langgar tiang gol.zaman2 tu jugak jenama Dunhill tengah mencanak2 sebab bola punya pasal.balik kampung pakai baju selangor semua tabik,especially kalau ada Dunhill kat dada.lambang jersi gred tinggi,bukan cedok pasar malam punya,ni beli kat kedai stadium ni.


pakcik2 kampung pun kalau x sedut Dunhill, xjadi.gudang garam simpan buat isap time poket sesak.kene Dunhill jugak.arwah atok aku kalau buat kenduri,mesti beli berkarton2 dunhill.lepas pak imam selesai basuh tangan,kita hulur kotak dunhill sorang2 pesan arwah atok.peh,bangga aku jadi pelayan rokok kat pakcik2 kampung.aku ambil sebatang sangkut kat telinga.baru sesuai dengan status otai andalas.



betapa gah nye dunhill time tu menyebabkan aku berani seludup 2 batang ke rumah,plan nak bawak pegi sekolah.macam biasa,ingat nak test peparu manja dan remaja aku dengan adzim,wan jo dan hanep zaim (ahli baru).aku sorok elok2 poket tepi beg.



yadaimut! isfal! ista'id! istareh!(sebutan skolah rendah,4 tahun kat jordan aku still xpaham yadaimut apemende)


oo,tu arahan ketua kelas time beratur pagi2 sebelum masuk kelas.aku beratur depan RM.pagi tu apsalntah aku pun lupe aku bawak rokok ke sekolah.ape punye penyeludup ntah,bole lupe plan malam semalam.


tak semena mena,RM bisik dari belakang 'woi,kau bawak rokok ya?'

aku terus pucat,memandangkan ni kes pertama aku yang xmelibatkan pukul orang,kacau budak perempuan, dan pergi tandas tak pakai Kad Izin Keluar Kelas.ni kes berat ni,bawak rokok pergi sekolah.silap haribulan,kene 'tabuh' dek muallim khairul anwar.aiyo,berat2.sejarah kene buang sekolah pun masih bersih dalam famili aku.


'cis..ko RM,gile kau..aku mane bawak rokok!' terus aku bergegas masuk kelas tak pandang belakang.sepanjang kelas aku jadi gelisah.aku dengan RM main jeling2,pandang2.tapi aku buat cool,walaupun dalam hati dah suruh buang je rokok tu jauh2 sebelum kantoi time rehat.


waktu rehat,aku simpan rokok dalam poket dada baju.terus lari pergi area wuduk tepi kilang.aku campak rokok jauh2 keluar area sekolah.RM nampak rilek berjalan folo dari belakang.macam tau2 je.mantap jugak teknik penakkulan die ni.baca komik penyiasat remaja banyak sangat agaknya.



'aku tau...kau dah buang rokok tu..' sambil tercarik2 rokok dari tepi pagar dawai sekolah.


aku senyap.ah nak takut ape,bukti dah takde.


RM cube carik2 dalam poket aku.aku biar.


'pagi tadi mase aku belakang kau aku bau rokok dari beg.tadi aku lambat keluar kelas folo kau sebab aku pergi bau beg kau.kau simpan dalam poket belah kanan kan? pastu kau simpan dalam poket dada ni kan?'

sambil gelak2 RM menghancurkan plan aku.


setelah aku spm bersama RM,banyak aku kenal die.RM mmg suka dan peka terhadap bau.die boleh detect sape yang kentut tak nak mengaku dan paling ganas die penah memeram cencorot mati dalam botol selama seminggu.nak tau bau macam mana katanya.....

Wednesday, January 21, 2009

dulu aku otai andalas..percaya?


mulai harini,aku serahkan kawasan Sri Andalas,Bukit Tinggi sampai ke Plaza tol ke Shah Alam kepada budak ini. (area KISAS dan Pasar Jawa aku tak campur..tu kawasan muneer)

korang kalau ada problem kat Jusco Bukit Tinggi,mat rempit henjut2 dari belakang kat roundabout Klang,sesat area Mydin,akak cashier Tesco buat kerek,emergency nak pegi Hosp Ampuan Rahimah,semput kat Taman Rakyat atau nak pegi Tusyen ET,call budak ni.

amacam?







p/s; pedih hati aku bile ade makcik tegur... 'Eh tu marwan ke bawak skuter kuning tu?makcik ingatkan perempuan,pehe rapat semacam..'


'saya baru balik main bola makcik..seluar koyak...'

Tuesday, January 13, 2009

FRCP? i will go for USMLE

kawan dalam bahasa arab mungkin selalu kita guna sodiq,ashab,shab..dan selalu jugak zamiil.

hati aku tergelak sorang2 kalau baca business card doctor,slide awal doctor,yang tulis name die,pakar ape dan..MBBS ke,MD ke dan FRCP atau MRCP.

korang tak x FRCP tu stands for what? ye..Fellowship of the Royal College of Physician.

sekarang..cube terjamah dalam bahasa arab FRCP tu.


haha...zamiil fil mamlakah kuliyyah al-atibba'.




tak lawak ke?ceh.


0.kalau Fellowship of the Ring camne lak ek?...zamiil ...mm..
1.asal perkataan 'ya zalameh (hey kawan) = ya zamiili'
2.royal college tu aku yakin bukan kat jordan mahupun mid east.
3.aku terbaca FRCP versi arab kat business card Doctor Kamal Bani Hani


4.terbaru..aku cek balik tadi kat hall..dalam arab FRCP adelah zamiil fil kuliyyah jarrahiin al-jelasjow (maksudnye Glasgow)

Thursday, January 8, 2009

akibat banyak membaca komen orang ramai di utube dan jazeera

kalau aku bukak kedai kopi borak-borak dengan member2 tentang arena perfileman,mesti tak lepas dari puji memuji plot dan babak cerita omputih.


macam mane doktor gregory house boleh diagnose case yang complicated (walaupun kadang2 team die asyik tending ke yang susah2,last2 mende tu senang je..meh aku pesan sket..common is common).


plot heroes yang layak diberi standing oviation setiap kali ending satu satu episod.yang si sylar kejap jahat macam yahudi kejap insaf mencari ilham kembali ke jalan benar.pulak tu xde sape yang betul2 baik dan betul2 jahat.kite yang nengok ni plak jadi konpius.tak paham aku.


muvi pulak tak payah cerita..dark nite si joker nye macam hantu kuntilanak punye syaitan,ade ke selambe2 nak robek pipi orang.


jadi aku xpayah tulis panjang2.kite bandingkan aje dengan filem melayu.ya rabbi..memang jauh beza.nak buat scene mat rempit tergolek pun macam adik aku jatuh basikal je.tak real langsung.plot macam tiru buku konsas form 4.cerita hantu banyak menjerit terlolong,layan wayang kulit lagi champion.

'abe dim buak nor buke cam gewe abe dim!' - budak klate,scene dalam kereta


kire betapa hebatnye orang putih ni boleh fikir sampai ke tahap camtu.dapat sambutan pulak tu.kire masyarakat diorang mmg pemikiran lebih advance la dari orang2 kita.



tapi yang buat aku tak paham,kenapa ramai orang putih ingat hamas yang salah sebab serang israel dulu?ape diorang xpenah dengar istilah occupation ke?dude,never heard of it?rings any bell?(style nigga)