zaman muda memang challenging.aku bersyukur sebab zaman muda aku xdela 'sehitam' mane.atleast bile aku dah ada anak xdela segan sangat..sebab,ade beberape kisah cinta yang aku rase bile nanti dah tua diorang sendiri akan rase segan dan malu dengan kisah2 lama.
1- J berkawan baik dgn K. J adelah penasyid sekolah (saham tinggi,sebab budak pompuan senang cair dengan suara merdu nih) , penolong ketua pengawas , mudah mesra , dan paling penting hensem.as expected, J ade GF. tp K biase2,suara sekadar bass,bukan pengawas apetah lagi ketua bas,pemalu (eceh) dan hensem?hmm bolela.so sbb J ni amat high class,die api2kan si K ni supaya carik awek.K segan2 tapi last2 die akur..so die tulis surat.
lantas K koyak sehelai kertas dari buku kotak kecik matematik 1 beliau,mula menulis..
' assalamualaikum,blablabla,saya nak jadi kawan awak boleh tak? yang benar, K.'
sebagai kawan sejati J tolong hantar kat kelas pompuan.lepas habis sekolah,satu kelas pompuan tau K cube tekel awek sorang ni.katenye surat tu diorang tampal kat papan putih kelas.'dahla tulisan buruk,ade hati nak carik awek..' komen sorang ahli kelas.
2 - A minat B.tapi A ni cepat baran.dan,pemalu depan pompuan.atas nasihat kawan2,die cube tekel B dari adik lelaki B.tapi yang agak slack,adik lelaki B ni mulut xbleh blah.aku pun rase panas kalau berbual dengan die.tapi atas cinta yang tulus suci A terhadap B, A sanggup cuba layan conversation dengan adik B ni.sembang punya sembang, A jadi bengang.budak tu macam tak paham2,A cube tekel akak die.lambat pikap.sengal.tak tahan, A kasi satu penumbuk tepat kat umbilical area budak tu.menggelupur jugak la semenet dua.kitorang terus lari.akak tak dapat, ape tak dapat.fail.
3 - kisah tragis lelaki yang xpaham pompuan,dan pompuan xpaham lelaki.jatuh cinta dengan pandangan mata.ahli kelas.mase baru bercinta,sembang2 bukan main.sms memanjang.macam berjalan atas angin.telinga macam asek dengar lagu jiwang karat.memang tak leh nak ubat.lepas setengah tahun yang lelaki ni bz dengan stadi,persatuan.yang pompuan desperate nak kene belai,pujuk rayu macam baru bercinta dulu.gaduh punya gaduh,clash.rugi kredit je bergayut,sms tak hengat dulu2. buang karan.
4 - G memang cun,solehah,pandai. complete package. ramai yang mencuba tekel.macam2 gaya.namun G tetap buat dunno. tapi satu je cubaan yang memang mencabar iman G.cubaan dari sorang budak laki yang jahat,tak hormat cekgu,player,kaya tapi hensem, H. H cuba tulis surat,calling2.lame jugak fatrah cubaan H, akhirnya G bagi respon.kertas separuh buku nota Bahasa Melayu Tatabahasa.
...'maafkan saya,saya tak mahu berfikir tentang bercouple.saya ada tanggungjawab blablabla (pendek je ayat ekceli). sign, G. H akur.
5 - Z budak lelaki yang baik.solat jaga.ilmu agama bukan main.tere main bola.tapi bab wallet jangan main2.xleh lekang dari poket.satu hari kantoi,ada gambar makwe berukuran pasport tersusun cantik kat area transparent wallet.hampeh.poyo.
6 - budak lelaki yang biase2 je.tanye pendapat tentang cinta ' ala bile ade jodoh nanti kahwin la.asal nak cuba2 dengan benda yang tak pasti dan penuh dengan lakonan? ko ingat pompuan ni senang ke nak handle? '
time love is on the air memang sume sedap,tapi bile dah time petir ribut,menjerit marah2 macam orang hilang akal.padehal baru couple je pun.dah kahwin tak tau la.
senang cerita,cinta monyet ni buat jiwa tak tenteram je.buang kredit,buang masa, rase macam nak hentak kepala kat dinding pun ada kalau tension.bukan nak kata langsung xbleh nak bercinta,tapi kene salurkan pada jalan yang betul.
8 comments:
aiseh..entry sangat menusuk kalbu
mcm tak lama je tu
tapi mmg betul
cinta monyet tak sampai ke mana
aku doakan aku dan kawan-kawan ku dijauhkan
p/s-cinta cinta
ko boleh jadi madu, boleh jadi bisa
terpulang kepada tuan empunya diri menentukan
budak medic ni kan xbleh ke kalo xde term medic dlm blog?ingt sume paham??
adeke term medic?pelik
btol tuh mun..cinta2 monyet nih mmg buang masa jek..
tapi maru.. ade skali aku sajer kasi panas sama member mat bunga. aku bgtau die lbeh kurang gnih la..
'ko nih hadiid[bkn nama sbnr], aku tgk x pasal2 ketawa, pastu sengeh sorang2. lpas tu esok luse muram, panas x pasal2. macam org x 'segar' jer. semua sbb si salsabila tuh. menyusahkan diri jew.'
skali dier balas baik punye,
'dah tu ko hepi lebih kalau real madrid mng? pastu sampai malam x leh tido time real madrid kalah semifinal tu ape cte?'
aku kelu.
mune ; tapi aku rase yg baca blog aku ni sume dah matang pasal mende ni..dah serba maklum..tu la,kite kene carik usaha nak reach out kpd jiwa2 remaja diluar circles kite ni
G (hahaha) ; umbilicus = pusat
yellowrose ; mmg buang masssse
aime ; ala atleast xleh tido sbb real madrid tak mendekati zina,xde nak zina mata,zina telinga..tol x?kredit pon selamat..
aku nak tanye,sama tak dosa orang yang jalan berkepit dengan awek cam ketam dengan couple yg jalan pegang tangan hujung2 jari je?kire cam sentuh sikit je la
gile.. camne ko korek dapat citer2 begini?aku terkesima jap
bagi menjawab persoalan ko maru
boleh ngok blog member baik abg seifu
http://dewakebaikan.wordpress.com/
agak kasar ayat-ayat dia
tapi mmg clear
hahahaha....
setuju dengan mun.
rasanya tak lama dah nie.
mmg rumah tuh melahirakan ramai..... (sila isi sendiri).
nway mmg betul pun apa ko citer tuh marwan. buat apa la nie sibuk2 nak bercinta, abes berborak semua benda. nanti last2 kalau dah kawen (kalau kawen) dah xder benda nak bercerita. adalah lebih baik bercinta selepas kawen. sure lg best. lgpun cinta la nie cam xder tujuan dan destinasi pun.
semoga kita semua terpelihara daripada melakukan zina.....
Post a Comment