Tuesday, November 17, 2009

aku dan cristiano ronaldo

selepas solat isya' tadi aku pergi ke al-ghazawi.nak beli barang2 keperluan rumah.dengan bekalan 20jd untuk habis november (saving mode) erat aku genggam dalam tapak tangan.


so,the very first thing aku capai dalam supermarket adalah indomee 2 paket.satu perisa ayam spesel dan ayam kaldu (eventho i still dont know what kaldu suppose to mean,after 5 years).cukup kot untuk survive 1 minggu.plus minus.



kemudian aku pergi section rambut.gel rambut dah nak habis.gel cap ayam mmg aku xbagi 2nd thought.aku bab accessories ni kene mahal2 sikit.biar makan megi,jangan gel cap ayam.tu prinsip aku kejap betul2 dalam dada.


kemudian setelah amek gel paling mahal yang mampu dijual oleh ghazawi,baru aku teringat deodorant dah nak habis.so sebelum habis baik topap,ye tak.


ada macam2 jenis deodorant yang ditawarkan.aku carik yang paling mahal.hmm,dilemma.sebab ade cap nivea,yang c.ronaldo buat iklan tu.


aku dengan c.ronaldo mmg tak ngam.dari dulu.die tadika lain,aku tadika ISLAM NAIM.die suke makan spagetti (haha bajet itali) aku suke makan karipap.aku suka perempuan pakai tudung,die jenis tak kisah.so mudah cakap aku dengan die mmg tak sebulu.


tapi part melaram,kite mmg satu prinsip.main bola kene hensem.bia kalah 10-o,tapi jangan rambut macam musang.biar lompat ketiak terbukak luas,asal bau deodorant kuat.


tu yang aku sipi2 nak ambil deodorant cap nivea itu hari.kalau tak kenang kan el classico lagi 2 minggu,memang pasni lalu syari' jamiah orang boleh mintak autograf.










pernah aku nak mintak brader kedai potong rambut style ular,macam c.ronaldo.tapi nak cakap dalam arab 'zai hayy' macam pelik sangat pulak.

Friday, November 6, 2009

the first step is the hardest step

kehadapan team mate X FC (masih belum ditentukan) ku yang dihormati.

perlawanan pembukaan PSL harini banyak mengajar kita bukan?ya,kita semua telah diayam dan disembelih 3-0 oleh team warung ust din selamat.kita sama kucar kacir di tengah padang,depan padang hingga ke bahagian belakang gol.

janganlah kita menyalahkan sesiapa kerana team itu ibarat henfon sony ericsson yang rosak keypadnya,rosak satu key maka temperlah empunyanya.

apa yang penting,kita cuba sedaya upaya,cuba mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan kawan2 kita yang sama2 berusaha dan mengalirkan peluh demi maruah team X.


rome was not build in one day.sape tahu team kita boleh pergi jauh,cuma permulaan yang buruk tak semestinya akan menentukan course keseluruhan PSL ni.pastikan kita cuba yang terbaik dan baiki kelemahan masing2.



cuma yang paling utama dan terutama,niat kita join PSL ni kerana apa?




pastikan anda yang tak in wavelength dengan entri kali ni melayari web PSL di http://permaisuperleague.blogspot.com/

Saturday, October 31, 2009

bitter tart still in demand



warga irbid mungkin dah tengok filem ni.tapi untuk peminat2 edward cullen khususnya ataupun twilight series am nya,jangan ketinggalan menonton kemunculan cameo mar cullen (adek sedara edward cullen) dalam bitter.tart ni.

Friday, October 23, 2009

tingkat berapa

kalau korang yang dah mula klinikal,gerenti akan menikmati kehidupan di KAUH.yang dikatakan antara hospital terhebat di jordan.sebenarnya mmg hebat,hospital klang tu macam ketinggalan adelah dalam 4 5 tahun.



so kehidupan di KAUH agak perit.kebanyakan rotations memerlukan korang tiba pada pukul 8.15am.means bertolak dari irbid dalam pukul 7.30.means kene keluar rumah pukul 7.15 atau lebih kurang.


doktor2 KAUH pun kebanyakannya agak strict berbanding dengan doktor2 hospital lain.sebab mungkin nak jaga standed JUST,KAUH dan Jordan umumnya.


dekat KAUH ni kalau tak naik lif alamatnya pengsan la.esp kalau nak ke CCU,tingkat atas2.nak turun pun rase, "bile nak sampai GF ni hah??"



ade satu kali,lepas exam ortho.aku dengan pening2 ayam,cepat2 masuk lif.penuh tak penuh jugak la.ada makcik2 kampung,ada budak2 4th yang baru habis amek history (agaknya) , budak2 6th year baru habis xm OnG.semua nak cepat2 turun.



so out of the blue makcik2 badwi tu macam tanye kat brader tepi pintu lif.

'Aku nak pergi department 'SUKKARI' (diabetes).kat mane ye?'


semua diam.penat kot.nak cepat balik rumah pun mungkin.



tetiba ade seorang budak yang amat berbudi bahasa menjawab soalan makcik tersebut dengan sopan, 'tingkat S makcik'.




aku tergelak sampai tingkat GF.





tafsiran ; sepatutnya makcik tersebut pergi ke tingkat 6 7 atau 8 (aku pun dah xpasti haha).sebab kat situ la deparment internal medicine untuk pt diabetes.

tingkat S pula adalah untuk tingkat Services,macam katil2,selimut2,bantal2,makanan2, dan entah sebab aku pun tak pernah lepak2 situ.

budak tu pun bantai tingkat S sebab department Sukkari agaknya.ciss

Monday, August 3, 2009

si dia yang bernama Hadi

ku coretkan entri ini untuk tatapan mu Hadi,walaupun ku tau ko memang tak hengen nak baca blog aku.



alhamdulillah,baru-baru ni aku berpeluang untuk menziarahi spiesis yang amat rare untuk dijumpai di majlis2 ataupun parti2 karaoke yang ada kat irbid ni.ya,beliaulah yang bernama Hadi.

aku syak junior tahun 1 pun gerenti ramai yang tak kenal Hadi.ye,beliau memang low profile,tawaddhu', pemalu , cute dan suke gelak kuat2.


aku ni somehow adela modal nak sembang dan buat lawak dengan Hadi.especially kalau pasal bola sepak, arsenal fc , managerial thingy , dan kadang2 harga turun naik pasaran hatay di Mat'amjie.kira kalau terperangkap dalam gua ashabul kahfi tu adelah modal nak sembang.


haa terus kepada moral cerita, hadi ni bukan pendiam macam orang awam sangka.beliau peramah dan easy going sebenarnya.cuma kene adjust sikit la topik tu, kalau bukak cerita urtv dan mangga aku tak yakinla hadi akan layan korang.



contohnya, ni time aku ziarah budak2 batch mep5 aritu (ye,kutip duit untuk sama2 hadiahkan stroller untuk asiah awatif binti aiman) sempat la update pasal hadi.


so aku bukak story.


'camni hadi,abang aizat cadangkan batch kita dengan batch atas supaya kumpulkan duit untuk beli something untuk asiah..' aku umpan slow-slow.


'ok..pastu?' jawab hadi sambil tak nak hidang air untuk aku.cisss


'pastu aku tanyala aiman..man,oo man..ko rasa2 ape yang asiah perlukan untuk sekarang ni?'


'aku rasa asiah perlukan stroller la...jawab aiman,' aku explain.


aku tenung muka hadi.harap2 dia dah dapat tangkap la aku nak mintak duit.dia tersenyum.aku konpius.selalunya hadi cam banyak soal kalau bab duit.


tapi dengan selambenye dia buat lawak yang sampai aku rasa nak karate tenggorok dia.


'tapi aku rasa asiah lagi perlukan pendidikan daripada stroller,' jawab hadi sambil tergelak besar macam selalu dia buat.

Saturday, July 25, 2009

Sri Andalas Racing Club (bakal menjadi seperti Williams F1)

sedari sejak kecil,apa-apa acara yang melibatkan kelajuan kaki aku memang tak berapa yakin dengan diri sendiri.


darjah 4,sekolah nak cari wakil sekolah untuk masuk MSSD (majlis sukan sekolah daerah kalau tak silap). aku terus sign up.sebabnya time saringan tu kebetulan sebelum ada saringan untuk carik team bola sepak sekolah (ni kene ada entri lain).jadi macam orang tua cakap, alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.

kitorang yang berharap ni beratur panjang.dalam 50 budak jugak aku kira.aku bajet memang xboleh pergi jauh ni,sebab yang masuk bukan calang-calang.budak-budak Shah Alam memang hujung kaki aku je.bajet budak bandar la korang.

tapi yang buat aku cuak budak-budak Meru,budak Sijangkang,budak Kapar,budak Batu Belah,budak Puchong..muka semua ganas-ganas.budak kampung.kaki berparut macam baru balik perang.


bile wisel bertiup je,aku pejam mata kejap-kejap.langkah kaki besar-besar.debu masuk hidung aku rilek.ada aku dengar budak jatuh tergolek,sebab terpijak kaki member.dah macam pelarian mexico kene kejar dek polis amerika pulak aku rasa.

sedar-sedar dah sampai penamat.tak sangka budak andalas yang di-ikon-kan macam budak Bukit Bintang atau Los Angeles macam aku ni lepas jugak saringan pertama lumba lari.bangga.
seken round saringan tak payah aku cerita.tak rasa hero la pulak kan.


+++

lumba basikal,selalu dekat taman permainan depan rumah,jalan sri damak,taman sri andalas.

basikal dah bes dah BMX,tapi kalah jugak dengan adzim.budak-budak ejek,adzim yang pendek pun boleh kalahkan aku yang kaki panjang.

aku bagi alasan sebab nak elak pakcik makcik yang tengah jogging atas trek.logik apa.

++

ni esok,last round nak race go cart dengan budak-budak otai racing sebelum balik malaysia.
somehow aku rasa yakin kalau berlumba yang tak melibatkan kelajuan kaki ni.rekod sebelum ni agak baik,tapi bile dengar awe cerita rekod budak sakan dalam go carting,bergetar jugak jantung ni.


okeh nak rehatkan kaki supaya dapat tekan accelator dengan mapan esok.





mar-raikkonen mengekori rapat achap-macker sebelum ditinggalkan jauh oleh beliau

Tuesday, July 21, 2009

tak sabar nak masuk MHI..dapat masuk pop kuiz pun ok la





tak payah tengok panjang-panjang..yang penting perkataan mustashfa malik 'abdullah al-muassas (tempat aku dengan kawan-kawan diternak menjadi doktor..amin)