Friday, December 5, 2008

teknik mengempiskan duit dengan pantas

muntuk minggu ni saje,dah 3 kali aku turun amman.

satu aku pergi survey kereta sewa dengan hotel.sempena menyambut basyir kamaruzzaman,member lame hira' dulu yang akan sampai malam ni.

kedua teman kan syamil ke mustashfa islami,rombongan malaysia ade problem plak dengan pakcik bas.nak kate keciknye dunia,terjumpa muallimah zainurah,cekgu english time zaman darjah 6.nampak je muke aku dari jauh muallimah dah lambai-lambai.mane die boleh lupe,time die buat quiz dalam kelas aku sorang je angkat tangan sambil jerit 'Yo!'
'Marwan! u think my class is a pop quiz or what??'.tu tak termasuk time die alih pandang papan putih kat depan kitorang baling-baling sampah kertas kat die.english xdela tere macam budak2 yang baru balik UK,tapi gaya macam dah 5 tahun duduk New Jersey nakalnye.tapi sekarang aku berjaya membuat muallimah bangga,melanjutkan pelajaran ke menara gading.haha

memang betul..cikgu akan ingat 2 jenis murid.paling pandai dan paling *uhhuk*.dan grup yang tengah2 tu mmg cikgu akan cakap..'eh yeekee..muallimah dah lupe la..ramai sgt muallimah ajar..anta faham2 je la ye..' sambil gelak2 segan.


ketiga,pergi carik kereta sambil join budak2 suke parti.(sempena ini jugak aku nak mengumumkan Afiq akan tulis buku ' A Dummies Guide..partying around Amman' dan Awe 'How Not to Lose Your Skills of Driving Manual Cars').


tengah sedap2 meronda gaya budak2 parti tegar kat Miles,Mecca mall- mata aku terpacak kat price sign sebelah akak yang leka meng-ejas2 posisi buah-buahan agar nampak tersusun.6 bijik rambutan berharga 15.5 jd.banyak cantik?aku sebagai peminat buah-buahan tempatan rase tercalar imej rambutan.produk rambutan sedunia aku kene pantau,jatuh turun harga pasaran aku kene amek tau.

ni dahla kaler rambutan maroon-tanda dah xsegar,letak first price 15 jd lak tu.ingat miles ni macam simsimah ke?simsimah pon aritu aku mintak kurang harga bateri energizer die xbagi tau.ni kan plak rambutan.


nak rambutan paling kencang rase die-baik balik taiping,makan sampai 8 kilo nenek aku siap bole kate haa panjat la lagi,bawak balik klang.




penat mmg penat,tapi kalau dapat makan sbarro,popeye's dengan dunking donuts 12 ketul,aku xde hal punye.



simsimah; kedai runcit popular syari' jamiah.
1 jordanian dinar (JD) ; 5 hengget

6 comments:

hanismi said...

xde teknik mengempiskan perut ngn pantas ke??

marsteello said...

untuk kita-kita yang mengamalkan sedentary lifestyle ni xde rasenye ban..

hanismi said...

jap jap...erm sedentary lifesyle tuh pe eh?

Anonymous said...

rasenye logic je rambutan tu mahall..kan die import...kalo sng nk jmp rambutan kat joden tu xdela mahal jadinye

Anonymous said...

aper yang kamu merapek nih?

marsteello said...

banis,

sedentary lifestyle adelah satu kepercayaan orang2 yang hanya bersukan 1 atau 2 kali seminggu selama 30 menet.




student econ,

yep..memang mahal tiket rambutan nak ke jordan..upah buang ranting2,buang daun2,upah balut cantik2..