Wednesday, April 22, 2009

aku gayat dah ni

untuk entri ni aku agak cuak.sebab ni isu yg tgh hot kat irbid,budak2 tengah kecoh2 dalam yahoogroup permai.



nevertheless, aku rase biar la xramai tau aku ade blog, aku lagi selesa dengan status blog underground.ala, macam band meet uncle hussein , underground tu beb.


1st year aku kat jordan presiden permai adelah abg NAHAR. tinggi, berjanggut, berkarisma , elegan , peramah , macam ada aura bila dia ada kat tepi. nak sembang pasal pokemon pun segan. bila dia ada kene bukak topik ummah, masalah fiqh dan tafsir qur'an.punye la hebat dan di hormati.



kebetulan aku tengah high dengan rambut panjang time tu.kebetulan jugak aku dengan abg Nahar agak ngam, sebab die mara - aku pun mara.nak gurau2 tu xde masalah sgtla.

aku perasan jugakla sekali dua die ada jeling2 kat rambut ala2 peterpan aku tu dulu.die sengih2 aku pun balas sengih2.




tapi nak jadi story sehari tu lepas asar time balik dari masjid ayat dia yang sampai sekarang aku cerita kat budak2 yang rambut selekeh "Marwan,semalam ana mimpi anta potong rambut la.tapi ana terkejut tengok hari ni rambut anta panjang lagi. "


aku terus hello sama perunding imej aku cakap nak potong style francesco totti malam tu jugak.

Friday, April 17, 2009

sekitar cinta


zaman muda memang challenging.aku bersyukur sebab zaman muda aku xdela 'sehitam' mane.atleast bile aku dah ada anak xdela segan sangat..sebab,ade beberape kisah cinta yang aku rase bile nanti dah tua diorang sendiri akan rase segan dan malu dengan kisah2 lama.



1- J berkawan baik dgn K. J adelah penasyid sekolah (saham tinggi,sebab budak pompuan senang cair dengan suara merdu nih) , penolong ketua pengawas , mudah mesra , dan paling penting hensem.as expected, J ade GF. tp K biase2,suara sekadar bass,bukan pengawas apetah lagi ketua bas,pemalu (eceh) dan hensem?hmm bolela.so sbb J ni amat high class,die api2kan si K ni supaya carik awek.K segan2 tapi last2 die akur..so die tulis surat.

lantas K koyak sehelai kertas dari buku kotak kecik matematik 1 beliau,mula menulis..
' assalamualaikum,blablabla,saya nak jadi kawan awak boleh tak? yang benar, K.'

sebagai kawan sejati J tolong hantar kat kelas pompuan.lepas habis sekolah,satu kelas pompuan tau K cube tekel awek sorang ni.katenye surat tu diorang tampal kat papan putih kelas.'dahla tulisan buruk,ade hati nak carik awek..' komen sorang ahli kelas.




2 - A minat B.tapi A ni cepat baran.dan,pemalu depan pompuan.atas nasihat kawan2,die cube tekel B dari adik lelaki B.tapi yang agak slack,adik lelaki B ni mulut xbleh blah.aku pun rase panas kalau berbual dengan die.tapi atas cinta yang tulus suci A terhadap B, A sanggup cuba layan conversation dengan adik B ni.sembang punya sembang, A jadi bengang.budak tu macam tak paham2,A cube tekel akak die.lambat pikap.sengal.tak tahan, A kasi satu penumbuk tepat kat umbilical area budak tu.menggelupur jugak la semenet dua.kitorang terus lari.akak tak dapat, ape tak dapat.fail.




3 - kisah tragis lelaki yang xpaham pompuan,dan pompuan xpaham lelaki.jatuh cinta dengan pandangan mata.ahli kelas.mase baru bercinta,sembang2 bukan main.sms memanjang.macam berjalan atas angin.telinga macam asek dengar lagu jiwang karat.memang tak leh nak ubat.lepas setengah tahun yang lelaki ni bz dengan stadi,persatuan.yang pompuan desperate nak kene belai,pujuk rayu macam baru bercinta dulu.gaduh punya gaduh,clash.rugi kredit je bergayut,sms tak hengat dulu2. buang karan.





4 - G memang cun,solehah,pandai. complete package. ramai yang mencuba tekel.macam2 gaya.namun G tetap buat dunno. tapi satu je cubaan yang memang mencabar iman G.cubaan dari sorang budak laki yang jahat,tak hormat cekgu,player,kaya tapi hensem, H. H cuba tulis surat,calling2.lame jugak fatrah cubaan H, akhirnya G bagi respon.kertas separuh buku nota Bahasa Melayu Tatabahasa.

...'maafkan saya,saya tak mahu berfikir tentang bercouple.saya ada tanggungjawab blablabla (pendek je ayat ekceli). sign, G. H akur.





5 - Z budak lelaki yang baik.solat jaga.ilmu agama bukan main.tere main bola.tapi bab wallet jangan main2.xleh lekang dari poket.satu hari kantoi,ada gambar makwe berukuran pasport tersusun cantik kat area transparent wallet.hampeh.poyo.




6 - budak lelaki yang biase2 je.tanye pendapat tentang cinta ' ala bile ade jodoh nanti kahwin la.asal nak cuba2 dengan benda yang tak pasti dan penuh dengan lakonan? ko ingat pompuan ni senang ke nak handle? '

time love is on the air memang sume sedap,tapi bile dah time petir ribut,menjerit marah2 macam orang hilang akal.padehal baru couple je pun.dah kahwin tak tau la.




senang cerita,cinta monyet ni buat jiwa tak tenteram je.buang kredit,buang masa, rase macam nak hentak kepala kat dinding pun ada kalau tension.bukan nak kata langsung xbleh nak bercinta,tapi kene salurkan pada jalan yang betul.

Wednesday, April 8, 2009

teruna yang fail

satu ketika,member aku yang tengah calling2 dengan emak nya di tanah air.muka macho,badan tegap,tapi dengan mak manja bukan main.calling mesia direct pakai henset,bajet macho la tak terkesan dengan global recession.




'mak oo mak.kalau saya nak kahwin nanti,saya nak buat kat rose garden boleh tak?pastu ade lagu2 akustik romantik,pastu makan sedap2..'





'haaa? hang ingat nak kawen ni pakai ayaq liuq kaa?'




terkedu jejaka teruna yang hensem tersebut.wakaka

Saturday, April 4, 2009

kampakaro

5 am - aku bangun dari tidur.cepat2 ambik baldi yang dalamnya ade berus gigi,ubat gigi,dengan sabun.aku capai tuala dari hanger yang tersidai antara 2 almari dan terus ke tandas untuk bersiap.



6 am - sambung mengulang juzu' 4 yang sejak malam tadi tak lancar2. terasa agak cuak untuk pukul 8 time ustaz amin masuk kelas nanti.



7 am - budak2 maahad sume bergegas ke musolla nak membedal sarapan pagi dengan air teh susu paling tiptop di Kuala Selangor.aku tetap tak berganjak dari posisi bersila depan meja kecik mengadap Qur'an.xde masa nak melayan nafsu makan harini.



8 am - ustaz amin masuk kelas.tp selalu nye xde sape yang terus datang tasmi'.agak2 dalam 830am camtu baru ayub,izzudin masuk tasmi'.kemudian barula budak2 ni berebut datang tasmi'.ada jugak yang terhegeh2 angkat tangan buat isyarat nombor 2 tanda nak minta izin buang air besar.alasan je tu.aku tetap rilek di sudut selesa sambil buat2 tak nampak ape yang berlaku.



9 am - ustaz amin dah jeling2 kat aku.masih berlagak cool.rilek bebeh,muka kene yakin. kalau tak nanti ustaz suruh datang tasmi' on the spot,mati.



10 am - Sape Mukhtar Khatam hari ni?tanya ustaz amin kepada semua.aku segan2 angkat tangan.aiseh,aku sorang je ke?ustaz amin mengangguk kepala sambil bangun bersiap2 nak berhenti rehat.budak2 terus terbaring sebaik sahaja ustaz keluar.aku bersandar sambil mula fikir2 alasan nak bagi kat ustaz lepas rehat nanti.



11 am - sambung kelas.aku dah rase macam nak pitam.awat laa susah sangat juzu' 4 ni hah?makan leher ayam ke?xcukup makan kismis?berbotol aku dah telan.agaknya sebab usha awek kot,memandangkan budak maahad ni kire semua hot stuff.semua kemungkinan terpacul dari otak.memang aku xlarat nak mengulang dah.rase macam nak muntah pun ada.



12 pm - kelas hampir tamat.ramai dah tersengguk2.ustaz amin dah mula bermain2 dengan rotan sedepa beliau.aku cuak.sebab hukuman mukhtar khatam paling berat sekali. 'Ok cukup untuk harini..sape tak tasmi',sape tak saba' para,sape tak baca mukhtar..dan sape tak tasmi' mukhtar khatam,beratur depan ni, ' arah ustaz amin sambil pandang tajam kat aku.




maka serentak dengan bunyi zaass akan disambut dengan bunyi 'adehh!!' atau 'awww!!' atau juga 'makkk'!!. posisi rukuk dan rotan hinggap di gluteus maximus.memang sedap.



turn aku paling last.sebab crime paling besar. 'Kampakaro!' jerit ustaz amin.kecut perut aku.aku slow2 ambil posisi rukuk,sambil tangan pegang telinga ikut bawah kelankang.mengexpose kan muscle latissimus dorsi dan trapezius untuk disebat oleh ustaz.air mata jantan mula mengisi kelopak mata.sedih.




zasss!! zass!! zass!! aku getap bibir.budak2 ada yang pandang tempat lain.tak sanggup tengok.ada yang tersengih.kurang asam kau.




zaaaasssssss!!! yang paling last,paling solid die punya rase.air mata memang tak dapat dibendung.aku terus minta izin pergi tandas,nanes puas2 sambil yang lain berkumpul dengar tazkirah penutup dari ustaz amin.




terima kasih ustaz amin kerana mendidik dan mengajar daku erti hidup.