Thursday, December 25, 2008

munir..maafkan aku

pagi tu lepas ayah aku belanja donat,dengan rase lalok2 ngantok aku gagahkan jua kaki menuju ke tadika.sebagai anak muallimah tadika naim,aku kene datang dengan mak aku.dalam pukul 7.30 pagi dah sampai.


macam biasa,aku simpan donat.rancangan aku nak share dengan adzim,kawan baik tadika.kalau wan jo nak join pun xde hal,tapi selalu die xnak sebab die agak matang berbanding aku dengan adzim.donat ape kelas,nasik lemak la sedap.


sambil tunggu pukul 8 suku,sambil2 mak aku kemas2 tadika,aku berlatih main buai.zaman tadika,sape yang dapat hayun2 tinggi2 pastu terus lompat paling jauh,die lah jaguh.kalau time rehat,kalau wan jo datang kat buai,semua kene bagi line.aku dan adzim sebagai kuncu wan jo folo belakang.sape xnak blah memang kene penumbuk.


'hiyaahhhh!!' wan jo jerit sambil lompat dari buai yang sedang melambung tahap paling tinggi.pergh memang jauh die lompat.dalam 3 depa jugak la pergi nye.semua senyap.si balkis budak paling cute pon terpegun.aku dgn adzim sengih2 kerang.



'elehhh...camtu pon nak berlagak!' suara sumbang manentah berani kutuk wan jo.ni mesti munir.die memang ade dendam kesumat dengan kitorang.sebab ape,aku pon tak tau.


'kau tere kan?ha cube buat la!' aku balas.


munir amek buai lane nombo 3.'setakat camtu,aku boleh buat la..korang ape kelas..dulu aku main sampai buai ni terpusing dua kali tau x?' die bunyi lagi.die memang suka cakap lepas.


wan jo kontrol.senyap je.aku dengan adzim yang baran.


'kau memang berlagak marwan.ade donat xnak bagi aku sikit.asyik kongsi dengan adzim.kau tau mak aku bagi bekal ape?mee goreng tau?kadang2 sate..'



aku rase jantung pam darah banyak2 kat kepala.penumbuk aku genggam kuat2.


'kau dah la malas belaja.baca peter and jane pon xreti2.aku dah baca suratkhabar tau x?' munir bakar aku lagi.


Pelepow!!
amek sedas.aku tuju buku lima aku betul2 kat right iliac fossa munir.


munir terlentang ke belakang buai.menjerit macam jeritan yang orang nampak hantu.die menangis macam kene sampuk.

muallimah zakiah (mak zaid khairul anuar) terus berlalari keluar.budak2 semua dah kecoh.aku cuak.mak aku pun keluar tolong muallimah zakiah.


dan tengah hari tu aku kene marah tak ingat oleh muallimah zakiah.sampai hari ni kalau aku ingat,boleh nangis dalam tandas.


petang tu,sesi pembantaian oleh ayah aku dan mak aku plak.


rupenye,munir baru lepas appendix operation.lepas kene tumbuk dengan aku berlaku pendarahan akibat surgery tersebut.



nak menambah kekesalan aku,rupanya munir datang dari famili yang serba susah.ayahnye bercerai dengan maknye sejak kecik.kire die anak emas mak die.tu yang hari2 mak die bagi bekal best2.dan aku ingat,dikala setiap pagi semua budak2 datang naik kereta,munir datang tadika paling lambat.sebab ape?sebab mak munir yang carry munir naik basikal hari2 ke tadika.

Tuesday, December 16, 2008

ada apa sama nama

pagi ahad tahun 2002.aku tingkatan 3.selalunya selepas cek asrama,lepas kene umum ranking dorm2 terbersih,semua pelajar hira' akan tunggu satu pengumuman.


pengumuman sape guna padang untuk lawan bola.selalunya match pagi ahad ni agak special.sebab main boleh sampai extra time.kalau hari2 biase,pukul 6 petang dah kene hambat dengan muallimah ummi dari microphone suruh balik mandi,bersiap ke musolla.


jadi pagi tu awal-awal aku dah prepare.kaki dah urut2 sejak malam.minyak angin aku dah pau budak form 1.stoking bola sidai belakang asrama dah diasapkan.kasut pallas jazz beli kat kuala selangor tersusun cantik untuk perlawanan besar pagi ahad tu.


'assalamualaikum..pagi ni perlawanan 3 syihab lawan 3 munzir.pastu form 1 lawan form 2...blabla'.macam semboyan yang dibunyikan aku terus sambar slua trek dengan baju bola.muka ayub,zul,anas annuar,ku naim aku kejap sorang2.3 munzir..siap korang harini.


kisahnye mule dari mulut-mulut peminat bola sepak sekolah.kelas form 3 mane lagi hero dalam bola sepak.mengikut congakan semua,kelas 3 syihab paling sayur.dahla muallimah siap komen kelas sunyi cam kubur-sebab nak banding dengan 3 munzir dan 3 muslim kitorang paling segan2.papelah.janji kalau bab bola jangan nak rendah2kan team aku.


si zul plak,katenye 3 munzir lagi power sebab lagi banyak lepasan maahad.anas annuar-jaguh stamina sekolah,pastu muke 'agak' hensem.ku naim-pergh laju macam usain bolt dan ayub..si badan sedap-sedap rembat yang power rembatan die.katenye kecik2 dlu slalu kene rembat dengan pakcik die,konon dilatih sejak kecik untuk merembat bola la.


kelas aku plak,aku sorang je lepasan maahad.mane tak kene cop sayur kat dahi.pulak tu kalau borak2,sume ahli 3 syhihab senyum je kena kutuk,perli dengan geng2 zul.hasan sengih2.fikhri faraid buat2 malas layan.umar ariffin hanya mampu cakap blah aa..blah aa..nak harap fayyad dengan rahmat plak lagi kene kutuk.yang berani lawan pun zahid,tapi last2 kene tolak je dahi dengan zul.


jadi mane aku tak emo.perlawanan hidup mati ni.time masuk padang zul dah sound,'woi sape kalah balik dorm bukak baju sambil merangkak!'.aku makin tensen.ni kalau kalah ni malu dengan banat sekolah hira'.langsung kensel jadi pelajar lelaki paling hot.merangkak balik dorm sambil bukak baju.badan kerempeng plak tu.memang xboleh jadi.


jadi aku main sungguh2.bola kat kaki zul aku sabit kaki zul.bola entah kemana.anas cube crossing aku tolak dari tepi.hampir2 nak masuk longkang tepi padang.ku naim cube bawak lari bola dengan kelajuan super die,aku sliding tackle.pasir masuk mata.(ktrg main kat padang pasir)


nak jadi cerita,bola fifty-fifty.ayub dengan badan die yg montok,aku dengan badan ala2 bruce lee baru training kung fu.aku dari awal memang target badan die,die pun memang terkenal dengan kekuatan body contact.bile dua dua berlanggar,masing-masing tercampak.aku ke kiri,ayub ke kanan.haidar yang same2 centre back dengan aku tengok dari jauh je.takut nak join in rebut bola.shukri khalis si keeper aku plak tengah mengelamun.tak sape berani kacau.ni duel aku dengan ayub.


maka aku dengan ayub segera bangun dan kejar bola.sebbaik aku sempat clearkan bola-


kemudian aku nampak ayub pegang bahu die.perlahan2 die keluar padang macam kesakitan.


hari isnin berikutnya ayub tak datang sekolah.sampailah seminggu selepas tu baru die datang sambil pakai shoulder support.patah bahu katenye.langsung 2 bulan tak dapat main bola.




p/s; 1.sori yob..aku xberniat nak mencacatkan kau..haha
2.aku percaya pada nama..nama adalah doa.marwan hadiid.gerun x?ngeh2.
3.namakan anak anda dengan nama2 yang baik..aiman rosli nak namakan anak die abdullah azzam,xamil- thana'...dan ejad..syarifah aleya sofia (betul kan jad?) dah kawin baru fikir nama anak la jadddd...

Friday, December 5, 2008

teknik mengempiskan duit dengan pantas

muntuk minggu ni saje,dah 3 kali aku turun amman.

satu aku pergi survey kereta sewa dengan hotel.sempena menyambut basyir kamaruzzaman,member lame hira' dulu yang akan sampai malam ni.

kedua teman kan syamil ke mustashfa islami,rombongan malaysia ade problem plak dengan pakcik bas.nak kate keciknye dunia,terjumpa muallimah zainurah,cekgu english time zaman darjah 6.nampak je muke aku dari jauh muallimah dah lambai-lambai.mane die boleh lupe,time die buat quiz dalam kelas aku sorang je angkat tangan sambil jerit 'Yo!'
'Marwan! u think my class is a pop quiz or what??'.tu tak termasuk time die alih pandang papan putih kat depan kitorang baling-baling sampah kertas kat die.english xdela tere macam budak2 yang baru balik UK,tapi gaya macam dah 5 tahun duduk New Jersey nakalnye.tapi sekarang aku berjaya membuat muallimah bangga,melanjutkan pelajaran ke menara gading.haha

memang betul..cikgu akan ingat 2 jenis murid.paling pandai dan paling *uhhuk*.dan grup yang tengah2 tu mmg cikgu akan cakap..'eh yeekee..muallimah dah lupe la..ramai sgt muallimah ajar..anta faham2 je la ye..' sambil gelak2 segan.


ketiga,pergi carik kereta sambil join budak2 suke parti.(sempena ini jugak aku nak mengumumkan Afiq akan tulis buku ' A Dummies Guide..partying around Amman' dan Awe 'How Not to Lose Your Skills of Driving Manual Cars').


tengah sedap2 meronda gaya budak2 parti tegar kat Miles,Mecca mall- mata aku terpacak kat price sign sebelah akak yang leka meng-ejas2 posisi buah-buahan agar nampak tersusun.6 bijik rambutan berharga 15.5 jd.banyak cantik?aku sebagai peminat buah-buahan tempatan rase tercalar imej rambutan.produk rambutan sedunia aku kene pantau,jatuh turun harga pasaran aku kene amek tau.

ni dahla kaler rambutan maroon-tanda dah xsegar,letak first price 15 jd lak tu.ingat miles ni macam simsimah ke?simsimah pon aritu aku mintak kurang harga bateri energizer die xbagi tau.ni kan plak rambutan.


nak rambutan paling kencang rase die-baik balik taiping,makan sampai 8 kilo nenek aku siap bole kate haa panjat la lagi,bawak balik klang.




penat mmg penat,tapi kalau dapat makan sbarro,popeye's dengan dunking donuts 12 ketul,aku xde hal punye.



simsimah; kedai runcit popular syari' jamiah.
1 jordanian dinar (JD) ; 5 hengget