Sunday, February 24, 2008

biar mati baby,jgn rosak BMW

fowarded message;

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi.

Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi
Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW.
Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai
kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang
budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car
seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki
bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A:

umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu:

tak boleh ...(sambil menangis)... nanti suami saya on the way balik
ambil kunci spare...

Pompuan C

: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu:

(sambil menangis)... nanti suami saya marah...

Pakcik B:

isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah
balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C:

"Mana bapaknya???"

Mak Budak tu:

"Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang:

"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa
untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan
haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya
takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...Tetiba ade sorang
akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni...
biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta,
beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan
menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan
dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil
pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil,
kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka
dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng. ...!!!! Selesai
masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan. ..kesian baby
tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor".
Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi
tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak
muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah
makan sate kambing dulu...


P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul
..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih
compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada
bangsa-bangsa lain yang tak Islam.

Syabas Malaysia Boleh!

3 comments:

fred said...

melayu yg xsedar dik untung...beh kuang cam arab dah pong...berkemungkinan 2 ekor melayu tuh...penah kawan ngan pak arab kan...konservatif sangat...
hhuahahahha

Anonymous said...

tak pahamlah..cmne leh terkunci anak?adekah die kunci kete dulu br klua dr kete?itu mcm kete lame2 jek..kene kunci manually..tak paham!

marsteello said...

nope..kunci ade kat dalam.kereta mewah mmg autolock.esp bmw,if u close the door,after a few minutes or secs,it will lock all the doors,either u like it or not.