Friday, June 26, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (go gocarting)

esok insyaallah beberapa jemaah umrah Dhuyuf ArRahman akan mengaplikasikan umrah yang telah mereka lakukan beberapa minggu lalu di dalam litar.


si botak manakah yang akan mengungguli litar amman?


adakah budak2 yang xpergi umrah aritu akan membenam jemaah umrah dalam perlumbaan sulung ini?


mampukah kaki-kaki yang dilatih semasa sa'ie dan tawaf di pagi hari dan di malam hari mampu menekan pedal accelator dengan mapan?


adakah awe yang berstatus raja enjoy amman akan menewaskan acap yang tere bermain need of speed?


mampukah lutut aime menanggung suhu litar yang dijangka melebihi 72 farenheit?


adakah zaujah syamil membenarkan hubby tersayang menyertai program remaja masakini ini?


adakah ejard akan terus menjadi fotographer ofisial aktiviti walaupun diramalkan akan kalah teruk?


adakah farhaba mampu memberikan fokus terhadap mesin go cart walaupun tarikan nota community medicine amat hebat?


adakah muneer yang diberi jolokan putera rempit teluk intan akan turun ke litar setelah cubaan membuzzing beliau sepanjang malam tiada respon?


adakah marwan hadiid akan sekadar menjadi payung boy kepada para pelumba?








....baik aku berhenti daripada terus merepek..

Tuesday, June 23, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (Travel)

sayyidina umar al-khattab pernah berkata ; kalau nak kenal seorang kawan tu bermusafirlah dengannya selama 3 hari.


memang betul kita boleh kenal true colors kawan kita time travel,sebab time travel kita under pressure tak kira lah oleh sebab lapar,perjalanan jauh,bas lembap dan jugak member sebelah tak habis2 buat lawak spastik.rasa nak lempang je jemaah umrah itu.



yang paling aku ingat,aku pun jadi hilang pertimbangan la jugak kalau bab lapar ni.pernah ade sekali aku nak bergaduh atas gunung ledang sebab berebut sekeping biskut tiger.kanibal jugak aku ni.



makanya,geng kitorang time umrah haritu dah kenal lebih 3 tahun.so dah dapat bajet la ape perkara spastik dan tak enak masing2.maka boleh la sabar.yang loud speaker, yang mengada2,yang suka pau makanan,yang dari irbid-madinah (1000 km lebih) tak bangun2 tido dan yang suka menjahit nama sendiri pada topi pun ada jugak.



tapi yang paling best adalah polisi apa yang ada dalam bas adalah milik bersama.macam2 makanan ha boleh makan.sipi xde durian je,kalau tak terbabas bas langgar bukit pasir tepi jalan.

Sunday, June 21, 2009

the reminiscence of Dhuyuf ArRahman (Niat)

kali pertama aku pergi umrah adelah disekitar umur darjah 4.baligh pon belum.masa tu first time buat umrah dan first time naik kapal terbang Royal Jordanian.punya gah flight tu sampai tak boleh tido dibuat nya dalam flight.Prince Ali nama nya.tak tau la sekarang ada lagi ke tak,ntah2 dah kene tembak dek anti-air geng2 terrorist.


maka alhamdulillah beberapa hari yang lalu selamat sampai ke irbid setelah 10 hari pergi rehlah imaniah bersama kawan2 sebatch yang seramai 10 orang itu.


perkara pertama yang paling penting dalam setiap perjalanan atau perbuatan adalah niat.sebab niat ni penentu mutu dan kualiti perbuatan kita.


dalam isu umrah contoh nya,kalau dari awal niat nak beli sun shade police,atau wallet esprit atau jugak jeans esprit depan masjidil haram,alamat nya sia-sia lah penat dan lelah (baca penat dan lelah dengan bersungguh2,panas 44 celcius,orang ramai,penat,rasa nak pitam,ragam dan kerenah 11 kepala yang berlainan dan lapar yang tak berkesudahan) yang kita korban kan tadi.



boleh bayang tak kalau 50 jordanian dinar yang kalau ditukar boleh dapat 260 riyal saudi.kaya,kalau tamar nabi tu boleh beli nak dekat 5 kg. (tamar nabi mahal ye).







uniknya niat ni,sebab dia adalah sesuatu yang kita tak boleh nampak.sebab tak mustahil kalau kita beli sun shades police dengan jeans esprit tapi niat ikhlas pergi umrah dan musafir kerana Lillahi taala.betol tak? :)

Wednesday, June 3, 2009

inna ma'al 'usri,yusra.fa inna ma'al 'usri, yusra.dua kali Allah sebut tu

okeh aku update secara membabi buta je ape yang terlintas dalam otak.takde mase nak buat rangka sebab notes pediatrics dah menangis2 mintak susu.



1. teori aku sepanjang 4 tahun sebagai med student adelah ; budak medic time nak xm cepat lapar.(valid untuk lelaki).ade satu kes terbaru kat irbid dia termakan lipas.rupanya lipas tu dah berswimming pool dalam periuk kari.budak tu lapar sangat katenye,sampai lepas tu bole rilek je makan area2 yang tak kene lipas.ini hantar masuk rancangan survivor gerenti macam makan kuaci je ni.

ekceli ni bukan first time aku dengar kes termakan lipas ni.banyak kali.ade yang lagi ekstrim,buat milo untuk stay up,tengah lalok2 tu rupenye ade macam benang terkeluar kat mulut.rupanya lipas cicah milo.

(to clarify, semua kes atas bukan aku okeh)




2.logik ke nak baca lecture notes 60++ bijik dalam 2 hari?logik ke?






3. brader atas ni bukan pemain bola biasa biasa.sape teka dia wakil pemain kampung idaman atau wakil team bola seksyen 24 mmg layak kene lauk ramai2.

lagipulak kalau budak2 yang punya hepi sambut barca menang trebel itu hari tapi jawab ni Abbas Saleh time sekolah dulu,korang memang bukan barca ori.




4. ok baby's sucking and swallowing reflex started at what week?hmmm kene sambung baca buku nampaknye.