Monday, March 22, 2010

Kenya Revisited

Pengalaman kami bertiga ke Kenya atas jemputan Abdul Rahman memang tak dapat dilupakan.Harapnya dapat lagi menjejakkan kaki ke benua Afrika ni.Kalau diberi pilihan antara pergi europe dan afrika,tentu aku pilih afrika..haha.





Dalam Perjalanan ke Masai Mara.Great Rift Valley ni bersambung hingga ke Jordan.




Golden Hour di Masai Mara.Subhanallah.




Survival of the Fittest.Ekologi.Bangkai pun ada manfaatnya.





Pandangan Back View dari kenderaan kami.Sekumpulan buffalo sedang migrate dari Tanzania.Jeep tersebut berhenti untuk menangkap gambar.


Pakcik Canon ni memang tak terkalahkan.Agaknya lens tu berapa mm ek?


Jeep yang sama.Pemandangan yang indah sekali.


Giraffe yang isolated dari kawanannya.Great back-ground.Seluas mata memandang.



David dari NZ.Kelihatan antelope spisis oryx (agaknya) sedang makan rumput sambil berlatar belakangkan bukit di Masai Mara.


Mad di awal-awal pengembaraan ke Kenya.Lawat zoo dulu,dah advance baru pergi safari.


Bersama Mcdonald Mariga versi muslim di Eastleigh.Eastleigh adalah pinggiran Nairobi (capital Kenya) yang majoritinya adalah Muslim,ramai immigrant dari Somalia akibat perang.Hotel kitorang Hiddik Hotel betul-betul depan masjid.Kalau solat dalam bilik tu nampak sangat la pemalas.

Tuesday, March 2, 2010

terima kasih mama

Aku teringat kisah ketika darjah dua,dalam kelas bahasa Arab.Muallimah yang berpurdah tanya ; Marwan,apakah perkataan itik dalam Bahasa Arab?' sambil mendekati aku.

Cuak segera datang.Aku mane tere bahasa arab ni.Kat rumah aku speaking english (haha).Paper ayah aku subscribe The Star,kadang2 ade Harakah.Kat kampung Taiping layan Manga,kat kampung Port Klang layan Gila-Gila.Celah mana nak tau itik dalam bahasa Arab.


Dengan sedikit logik dan ilmu alam yang aku dapat dari 8 tahun kehidupan,aku yakin menjawab.
"DUCKTUN muallimah!" [duck-tun].

serentak dengan tu jabir dan budak2 lain gelak.yang geng2 baik buat2 tak nampak,sambil konon2 salin nota amendentah.

"Sape ajar ducktun nihh???" pedih luka segera terasa di area right flank kerana dicubit kuat oleh muallimah berpurdah.Adoi,boleh tahan juga muallimah ni.hampir2 nak menitis air mata jejaka aku.


memang lepas tu,bahasa arab aku cannot go.markah area2 50-40-45-50-60.

Mak aku cukup prihatin.dia sedar aku susah nak paham arab.tapi apakah daya,dia pun graduan uni sheffield,nak sound lebih2 pun dia tak boleh.tapi setiap hari lepas makan malam dan mengaji,dia akan suruh aku bukak buku bahasa arab,belajar sama-sama.kadang2 dia yang lagi tahu vocab perkataan-perkataan yang aku dah belajar.

sampai satu tahap,mak aku buat keputusan untuk amek course bahasa arab di Uitm.aku berasa kagum sangat dengan kesungguhan beliau.


sampai sekarang,kalau sape2 yang rajin korek2 bakul mainan adek aku,almari2 lama akan jumpa banyak kaset2 arab yang mak aku guna untuk belajar.






Oh,kalaulah mak aku tak bersungguh2 suruh aku belajar bahasa arab,belajar sama2 dengan aku dan pergi ke shah alam malam2 untuk belajar bahasa arab,adakah aku berada disini sekarang?