Saturday, July 25, 2009

Sri Andalas Racing Club (bakal menjadi seperti Williams F1)

sedari sejak kecil,apa-apa acara yang melibatkan kelajuan kaki aku memang tak berapa yakin dengan diri sendiri.


darjah 4,sekolah nak cari wakil sekolah untuk masuk MSSD (majlis sukan sekolah daerah kalau tak silap). aku terus sign up.sebabnya time saringan tu kebetulan sebelum ada saringan untuk carik team bola sepak sekolah (ni kene ada entri lain).jadi macam orang tua cakap, alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.

kitorang yang berharap ni beratur panjang.dalam 50 budak jugak aku kira.aku bajet memang xboleh pergi jauh ni,sebab yang masuk bukan calang-calang.budak-budak Shah Alam memang hujung kaki aku je.bajet budak bandar la korang.

tapi yang buat aku cuak budak-budak Meru,budak Sijangkang,budak Kapar,budak Batu Belah,budak Puchong..muka semua ganas-ganas.budak kampung.kaki berparut macam baru balik perang.


bile wisel bertiup je,aku pejam mata kejap-kejap.langkah kaki besar-besar.debu masuk hidung aku rilek.ada aku dengar budak jatuh tergolek,sebab terpijak kaki member.dah macam pelarian mexico kene kejar dek polis amerika pulak aku rasa.

sedar-sedar dah sampai penamat.tak sangka budak andalas yang di-ikon-kan macam budak Bukit Bintang atau Los Angeles macam aku ni lepas jugak saringan pertama lumba lari.bangga.
seken round saringan tak payah aku cerita.tak rasa hero la pulak kan.


+++

lumba basikal,selalu dekat taman permainan depan rumah,jalan sri damak,taman sri andalas.

basikal dah bes dah BMX,tapi kalah jugak dengan adzim.budak-budak ejek,adzim yang pendek pun boleh kalahkan aku yang kaki panjang.

aku bagi alasan sebab nak elak pakcik makcik yang tengah jogging atas trek.logik apa.

++

ni esok,last round nak race go cart dengan budak-budak otai racing sebelum balik malaysia.
somehow aku rasa yakin kalau berlumba yang tak melibatkan kelajuan kaki ni.rekod sebelum ni agak baik,tapi bile dengar awe cerita rekod budak sakan dalam go carting,bergetar jugak jantung ni.


okeh nak rehatkan kaki supaya dapat tekan accelator dengan mapan esok.





mar-raikkonen mengekori rapat achap-macker sebelum ditinggalkan jauh oleh beliau

Tuesday, July 21, 2009

tak sabar nak masuk MHI..dapat masuk pop kuiz pun ok la





tak payah tengok panjang-panjang..yang penting perkataan mustashfa malik 'abdullah al-muassas (tempat aku dengan kawan-kawan diternak menjadi doktor..amin)

Sunday, July 19, 2009

satu anjakan paradigma untuk industri perfileman irbid

sebelum kita pergi ke inside story,i nak u all tontoni short film ni dulu.








inside story 1. teknik light sabre dan kepala yang tercabut (dilakonkan oleh ejad) bukanlah satu yang baru bahkan sinonim dengan pengarah 'hijau' dan baru ini,abdullah ashraf.karya beliau (testing) teknik tersebut boleh disearch di youtube dan femes dikalangan mep5 disekitar awal tahun 09'.


2.i dengar pelakon yang baru naik populariti khabarnya dah mula naik kepala.demand tinggi.nak shooting ikut mood.tu yang kadang2 timbul kemarahan krew dan pengarah di set penggambaran.hai,baru first film dah buat otai ke?macam mana nak maju macam ni.walhal babak kene potong kepala je pun.


3.ada bisik-bisik yang sampai dekat i katanya sepatutnya watak hero adalah orang lain.tapi sebab si pelakon ni tak dapat disiplin dengan masa,beliau digantikan dengan artis lain yang lebih baik.janji lepas maghrib di set,tapi menghilang.rupanya kantoi di gym felix.haii lah artis.



4.manakan pohon bergoyang jikalau tiada angin yang bertiup,ye tak? angin yang i dapat mengatakan seorang pelakon film ni mencadangkan pada babak yang die letak headphone,wallet,kunci,mp3 tu di tambah dengan letak senduk.tapi ditolak mentah-mentah oleh producer sebab tak nak kacau suasana yang tengah seram tu.hmm,ada pro dan kontra.tapi film ni producer punya.artis kalau nak buat jalan cerita sendiri buat la film sendiri.betol tak?



5.pada tayangan perdana haritu,bukan saja akhawat yang menjerit seram.ada suara garau pun menjerit dalam dewan.apa hal??segan i nak mengaku syabab camni.



ada gaya macam bi-pop tak?haha

Tuesday, July 14, 2009

jom meriahkan


ROQS 2009


tahukah anda bahawa dalam lebih kurang 30 minit naik kereta dari irbid anda akan sampai ke Palestin?


korang tau tak at least ada 4 bridge crossing dari Israel ke Jordan?



awak faham ke beza Yahudi biase dengan Yahudi Zionis?


kalau anda no clue terhadap persoalan-persoalan di atas,klik SINI.

Monday, July 13, 2009

homeee

ok sekarang aku nak kemas bilik,basuh baju,dan makan maggi.

jangan kacau.


arghhh penat woo shopping dengan orang perempuan..rasa nak tercabut urat lutut