Friday, February 27, 2009

kanda tunggu dinda di taman bunga








sape dapat teka kat mane lokasi gambar2 ni aku belanja HATAY MAT'AMJI satu kali makan (hujung bulan,duit mara tak masuk lagi)..



syarat2 penyertaan; 1.aku berhak pilih sape pemenang
2.tak puas hati boleh hantar emel,sms,ym atau surat layang.
3.hadiah aku berhak tuka/alter mengikut budget dan timing bila2 masa aku nak.

p/s ; model budak2 sekolah diatas xde kene mengena dengan KISAS atau Hira' atau juga SAMBEST (tiada kekerasan atau paksaan digunakan untuk pengambaran ni.)




يأيتها النفس المطمئنة (27) ارجعى إلى ربك راضية مرضية (28) فادخلى فى عبادى (29) وادخلى جنتى (30) الفجر.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang (27), kembalilah kepada Tuhanmu dengan rela dan diridlai (28), masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29), masuklah ke dalam sorga-Ku (30). [Q. S. al-Fajr, 89: 27-30].

Friday, February 20, 2009

marwan hadiid muhamad jiwa ok la jugak

satu petang di akhir musim sejuk.

aku calling budak2 team aku ajak turun family day permai.sekali dalam list ade 4 5 orang yang aku xfamiliar.aku syak ni mesti budak2 IKIP ni,sbb atleast budak JUST 1st year tak kenal nama penuh kenal la nama gelaran2.


aku amek satu nama.


' hello..sape ni ,' budak tu sapa lembut.


' assalamualaikum..ni marwan ni '.


' waalaikumsalam..oo marwan kedah ke marwan jawa ? '




hampehhhhhhhhh

Saturday, February 14, 2009

miow miow

korang tahu ape maksud abu hurairah?

abu hurairah bermaksud bapa kucing.sebab sahabat nabi yang sorang ni memang suka dengan kucing.kalau die nampak kucing die akan sorok dalam baju dan bawak balik rumah.


maka alkisahnye pagi subuh tu ayah aku gerak aku ajak solat subuh.akibat banyak bermain mIRC dan main red alert 2 sampai tengah malam tu,aku dengan rase ngantok amat sangat bangun jugakla.kalau tak bangun nnt ayah aku jerit tengah2 subuh,terkejut pulak baby jiran sebelah.

sebelum masuk tandas tido dulu atas kerusi malas.5 minit.ayah aku sergah lagi.

lepas pakai baju sume,aku terus masuk dalam kereta.tido lagi.ayah aku yang stat enjin kereta,kunci pintu rumah,bukak gate depan,tutup gate depan lepas kereta dah keluar.aku masih tido.


haa..ni baru dah nak jadi cerita.


ontheway ke masjid ampuan rahimah (depan Hosp Klang) secara tibe2 ayah aku membrek dan mengelak gaya kimi raikkonen elak loris capirossi yang tergolek atas trek.aku pun tersentak dari tido yang sementara.

terus segar.apsal?tayar bocor ke?nampak langsuir ke?hantu kacau orang ke nak pergi solat subuh?

aku bab hantu memang tak boleh pergi.perkhemahan darjah 4 aritu habis aku lari bile muallim buat bunyi babi hutan.


ayah aku cakap..'pergi alih kucing yang kat tengah jalan tu'.


aku keluar dan nampak seekor anak kucing baru lahir tengah merangkak2 kat tengah jalan.bulu
masih basah,bunyi miow miow carik emak die.ayya kucing sebbaik laa bukan aku yang drive,kalau tak,bapak monyet kene lenyek pun aku tak sedar.aku letak kucing tu jauh2 tepi jalan.



akhirnya lepas subuh ontheway back dari masjid kitorang lalu tempat sama.rupanya anak kucing tadi dah kene langgar.kepala pecah,kaki tangan bersepah.agaknya die nak lintas balik carik emaknye yang berada diseberang jalan.






beberapa cerita lagi mengenai binatang;

1. Rasulullah s. a. w. pernah menceriterakan kepada para sahabatnya tentang seorang laki-laki yg menjumpai seekor anjing melolong kerana kehausan kemudian dia melepas kasutnya dipenuhi air utk memberi minum anjing tersebut sehingga merasa puas. Kemudian Rasulullah s. a. w. bersabda: “Maka Allah berterimakasih kepada orang itu serta mengampuninya. Lantas para sahabat bertanya: Apakah ada pahalanya lantaran binatang ya Rasulullah? Jawab Nabi: Dalam tiap hati yg masih basah ada pahalanya. ”

2. Sabda Nabi: “Seorang perempuan akan masuk neraka sebab kucing yg ditahannya tidak diberinya makan dan tidak dilepaskannya utk mencari makan dari serangga darat.

3. Ibnu Umar pernah menyaksikan beberapa orang yg menjadikan ayam sebagai sasaran latihan memanah kemudian ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. melaknat orang yg menjadikan sesuatu yg bernyawa sebagai sasaran. ” Abdullah bin Abbas juga berkata: “Rasulullah s. a. w. melaknat mengadu binatang. ” Sedang yg dimaksud dgn tahrisy iaitu binatang-binatang itu diadu sampai mati atau hampir mati.

Friday, February 6, 2009

tak sia-sia aku menaruh harapan






p/s; 1.muneer kate dah lame kua..cis,laju plak kau info2 hiburan ni yek?baca b-pop/mangga/urtv ek?
2.aime,kau sebagai pereka imej rambut aku,tolong cut macam yasin
3.walaupun gambar agak manja,yasin tetap best!