Tuesday, November 17, 2009

aku dan cristiano ronaldo

selepas solat isya' tadi aku pergi ke al-ghazawi.nak beli barang2 keperluan rumah.dengan bekalan 20jd untuk habis november (saving mode) erat aku genggam dalam tapak tangan.


so,the very first thing aku capai dalam supermarket adalah indomee 2 paket.satu perisa ayam spesel dan ayam kaldu (eventho i still dont know what kaldu suppose to mean,after 5 years).cukup kot untuk survive 1 minggu.plus minus.



kemudian aku pergi section rambut.gel rambut dah nak habis.gel cap ayam mmg aku xbagi 2nd thought.aku bab accessories ni kene mahal2 sikit.biar makan megi,jangan gel cap ayam.tu prinsip aku kejap betul2 dalam dada.


kemudian setelah amek gel paling mahal yang mampu dijual oleh ghazawi,baru aku teringat deodorant dah nak habis.so sebelum habis baik topap,ye tak.


ada macam2 jenis deodorant yang ditawarkan.aku carik yang paling mahal.hmm,dilemma.sebab ade cap nivea,yang c.ronaldo buat iklan tu.


aku dengan c.ronaldo mmg tak ngam.dari dulu.die tadika lain,aku tadika ISLAM NAIM.die suke makan spagetti (haha bajet itali) aku suke makan karipap.aku suka perempuan pakai tudung,die jenis tak kisah.so mudah cakap aku dengan die mmg tak sebulu.


tapi part melaram,kite mmg satu prinsip.main bola kene hensem.bia kalah 10-o,tapi jangan rambut macam musang.biar lompat ketiak terbukak luas,asal bau deodorant kuat.


tu yang aku sipi2 nak ambil deodorant cap nivea itu hari.kalau tak kenang kan el classico lagi 2 minggu,memang pasni lalu syari' jamiah orang boleh mintak autograf.










pernah aku nak mintak brader kedai potong rambut style ular,macam c.ronaldo.tapi nak cakap dalam arab 'zai hayy' macam pelik sangat pulak.

Friday, November 6, 2009

the first step is the hardest step

kehadapan team mate X FC (masih belum ditentukan) ku yang dihormati.

perlawanan pembukaan PSL harini banyak mengajar kita bukan?ya,kita semua telah diayam dan disembelih 3-0 oleh team warung ust din selamat.kita sama kucar kacir di tengah padang,depan padang hingga ke bahagian belakang gol.

janganlah kita menyalahkan sesiapa kerana team itu ibarat henfon sony ericsson yang rosak keypadnya,rosak satu key maka temperlah empunyanya.

apa yang penting,kita cuba sedaya upaya,cuba mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan kawan2 kita yang sama2 berusaha dan mengalirkan peluh demi maruah team X.


rome was not build in one day.sape tahu team kita boleh pergi jauh,cuma permulaan yang buruk tak semestinya akan menentukan course keseluruhan PSL ni.pastikan kita cuba yang terbaik dan baiki kelemahan masing2.



cuma yang paling utama dan terutama,niat kita join PSL ni kerana apa?




pastikan anda yang tak in wavelength dengan entri kali ni melayari web PSL di http://permaisuperleague.blogspot.com/