Sunday, March 20, 2011

jangan banyak tanya

gila lama aku tak tulis sampai username dgn password pun aku dah lupe

anyhow pagi ni aku nak tulis pasal german..sebab byk aku dengar fakta2 yg tak betul pasal german,dan yg tak tau meh aku nak bgtau.

1.di german,anda boleh amek specialty mane2 yg anda mahu.tapi atas nasihat senior2,better go for surgery specialties,yg lain2 kurang bagus or khallik bil USMLE.


2.nak g german ade 2 syarat,satu kene ade pengalaman bekerja 1 tahun (as a h/o atau imtiyaz).dua,kene ade sijil german language tahap b2 dari GOETHE.


3.sebab ape better g german after imtiyaz,sebab imtiyaz sane xberbayar,susah utk foreigners.


4.di german 'ala tul terus masuk specialty yg dikehendaki.misalnya nak jadi urology.so urology adelah subspecialty surgery.so sampai2 di hosp,korang terus jadi m/o atau muqim surgery.selepas 2 tahun ade xm board surgery then boleh terus masuk team urology.


5.down side german ialah setakat yg aku tahu masih belum diiktiraf oleh malaysia.anyhow,medicine is ever developing field,and as we know germany is the most advance country for medicine..so sape tahu dalam2 4 5 6 tahun korg kat sane nnt malaysia iktiraf pakar2 dr german.

tahu x basically nama2 signs dan byk alatan medic tu bahasa german.cari sendiri.


6.aku nak tulis pro german,tp next time kot (if this post takes for a year for me to write,so u guys should wait till another year)



aufwiedersehen!

Friday, August 13, 2010

sebbaik aku hafal

alhamdulillah,kita masih di awal bulan ramadhan.teringat pulak hadis yg lebih kurang, 'celaka lah orang yang berada didalam bulan ramadhan,tapi dosanya tidak terampun..'

jadi aku nak cerita mengenai pengalaman di kursus pra perkahwinan.overallnya aku nampak kursus ni adelah satu tindakan yang bernas daripada pihak agama islam untuk mempersiapkan orang islam yang nak mendirikan rumah tangga.

konten kursus ni mudah je - ulangkaji semua ilmu fardhu ain yang dah dibelajar di sekolah.tapi edisi yg dah dicompresskan dengan winzip berkali2 ganda.2 jam ustazah tu cerita dari bab air mutlak sampai ke bab haji.sikit lagi aku nak terjun tingkap.

tapi paling bes adelah bila kita nampak realiti masyarakat muda mudi.



makanya ustazah tu storylah pasal bab solat..rukun pertama adelah niat etc etc.

pastu sebab die nampak sume orang macam tido,die pun tanye..ok abang yang belah tingkap tu cube jawab..apekah die bacaan duduk antara 2 sujud?

maka brader macho sebelah aku ni pun bangun.semua orang pandang.aku pun macam baru sedar2 dari lalok terus segar.

5 saat.diam.

6 saat.brader2 rempit belakang dah mule gelak2.

7 saat.brader2 tepi,belakang depan mule macam nak tolong.ade yang cakap 'rabbighfirli..', 'allahummahdina..,' 'allahumma bariklana..,' ade yang macam jampi serapah jawa pun ade tapi aku xpasti.

8.008 saat.ustazah ni macam naik hot.kamu tak tau ke??tak tau sazah..jawab brader tu lembut.ustazah tu terus macam memahami.

hah kamu!tolong abang sebelah kamu tu, arah ustazah kepada aku.






syukur aku diajar untuk solat sejak kecik.

Friday, August 6, 2010

penat balik spital sedap jugak kalau ade orang urut haha

dear blog.sorry being away for too long.as u know i had a hectic period of time where ;

1. 5th year exams (11 sabjek..banyak ye)
2.marriage preparation (mental dan fizikal, batin dan zahir)
3.elective posting at HTAR (2nd busiest hosp in Malaysia..ade khilaf)
4.marriage
5.post - marriage thingy
6.honeymoon aka mengabiskan duit

so actually i have a lot of things in my mind to write but..since i just finished my elective posting just now - let me have deep breath nantilah i continue to write.

Monday, March 22, 2010

Kenya Revisited

Pengalaman kami bertiga ke Kenya atas jemputan Abdul Rahman memang tak dapat dilupakan.Harapnya dapat lagi menjejakkan kaki ke benua Afrika ni.Kalau diberi pilihan antara pergi europe dan afrika,tentu aku pilih afrika..haha.





Dalam Perjalanan ke Masai Mara.Great Rift Valley ni bersambung hingga ke Jordan.




Golden Hour di Masai Mara.Subhanallah.




Survival of the Fittest.Ekologi.Bangkai pun ada manfaatnya.





Pandangan Back View dari kenderaan kami.Sekumpulan buffalo sedang migrate dari Tanzania.Jeep tersebut berhenti untuk menangkap gambar.


Pakcik Canon ni memang tak terkalahkan.Agaknya lens tu berapa mm ek?


Jeep yang sama.Pemandangan yang indah sekali.


Giraffe yang isolated dari kawanannya.Great back-ground.Seluas mata memandang.



David dari NZ.Kelihatan antelope spisis oryx (agaknya) sedang makan rumput sambil berlatar belakangkan bukit di Masai Mara.


Mad di awal-awal pengembaraan ke Kenya.Lawat zoo dulu,dah advance baru pergi safari.


Bersama Mcdonald Mariga versi muslim di Eastleigh.Eastleigh adalah pinggiran Nairobi (capital Kenya) yang majoritinya adalah Muslim,ramai immigrant dari Somalia akibat perang.Hotel kitorang Hiddik Hotel betul-betul depan masjid.Kalau solat dalam bilik tu nampak sangat la pemalas.

Tuesday, March 2, 2010

terima kasih mama

Aku teringat kisah ketika darjah dua,dalam kelas bahasa Arab.Muallimah yang berpurdah tanya ; Marwan,apakah perkataan itik dalam Bahasa Arab?' sambil mendekati aku.

Cuak segera datang.Aku mane tere bahasa arab ni.Kat rumah aku speaking english (haha).Paper ayah aku subscribe The Star,kadang2 ade Harakah.Kat kampung Taiping layan Manga,kat kampung Port Klang layan Gila-Gila.Celah mana nak tau itik dalam bahasa Arab.


Dengan sedikit logik dan ilmu alam yang aku dapat dari 8 tahun kehidupan,aku yakin menjawab.
"DUCKTUN muallimah!" [duck-tun].

serentak dengan tu jabir dan budak2 lain gelak.yang geng2 baik buat2 tak nampak,sambil konon2 salin nota amendentah.

"Sape ajar ducktun nihh???" pedih luka segera terasa di area right flank kerana dicubit kuat oleh muallimah berpurdah.Adoi,boleh tahan juga muallimah ni.hampir2 nak menitis air mata jejaka aku.


memang lepas tu,bahasa arab aku cannot go.markah area2 50-40-45-50-60.

Mak aku cukup prihatin.dia sedar aku susah nak paham arab.tapi apakah daya,dia pun graduan uni sheffield,nak sound lebih2 pun dia tak boleh.tapi setiap hari lepas makan malam dan mengaji,dia akan suruh aku bukak buku bahasa arab,belajar sama-sama.kadang2 dia yang lagi tahu vocab perkataan-perkataan yang aku dah belajar.

sampai satu tahap,mak aku buat keputusan untuk amek course bahasa arab di Uitm.aku berasa kagum sangat dengan kesungguhan beliau.


sampai sekarang,kalau sape2 yang rajin korek2 bakul mainan adek aku,almari2 lama akan jumpa banyak kaset2 arab yang mak aku guna untuk belajar.






Oh,kalaulah mak aku tak bersungguh2 suruh aku belajar bahasa arab,belajar sama2 dengan aku dan pergi ke shah alam malam2 untuk belajar bahasa arab,adakah aku berada disini sekarang?

Wednesday, February 24, 2010

Joan Laporta

Diminta komentarnya mengenai Real Madrid kemenangan 6-2 melawan Villarreal di Santiago Bernabeu akhir pekan lalu, Presiden Barcelona Joan Laporta mengaku tidak mempunyai menonton perlawanan, malu-malu menjawab: "Aku melihat seorang 2-6 setahun yang lalu", merujuk kepada Barcelona's thrashing daripada Los Blancos musim lalu di Santiago Bernabeu.

Sebagaimana dilaporkan Sport, Laporta menambah bahawa alih-alih menonton perlawanan, ia merayakan tim basket Barcelona Copa del Rey mendakwa gelaran dengan kemenangan atas Real Madrid di final kemarin.

Akhirnya, diminta untuk mengomentari Cristiano Ronaldo's idolisation di ibu negara Sepanyol, Laporta berkomentar bahawa Lionel Messi / Ronaldo perbandingan motivasi. "Saya membayangkan bahawa mereka juga memikirkan yang skor yang paling tujuan atau memberikan yang paling membantu. Ini adalah sesuatu yang bercita-cita untuk setiap profesional.




artikel asal sini.
terima kasih kepada google translate kerana membantu kefahaman untuk penyokong Real Madrid di luar sana.hahah




Thursday, February 18, 2010

budak perempuan

masih bercerita tentang wad psychiatric.

sakit jiwa betul.kejadian ni memang mencabar maruah aku sebagai lelaki.

marwan hadiid.marwan besi.tak cukup lelaki ke?

our name is our virtue bak kata jason mraz.



ceritanya pada suatu hari yang biasa-biasa,aku ambil history dengan kawan-kawan.

kitorang sembang dalam dorm diorang.aku dengan patient duduk sebelah menyebelah atas satu katil,kawan-kawan lain duduk mengadap kitorang di katil sebelah.

sampai satu part,patient tu tanya budak-budak arab dalam bahasa arab dengan anggapan aku tak faham.


'Budak sebelah aku ni budak perempuan ke?'





rasa nak naik sawan aku mendengarnya.ejard dah bantai gelak terbahak-bahak.

cis...

Friday, February 5, 2010

takut hantu..waaa

rutin harian aku dengan ejard sekarang ialah mendengar celoteh/aduan orang-orang yang mengadu ;

1.nampak syaitan berterbangan di sana sini
2.mendengar ade orang memanggil2 dan menyuruh membuat sesuatu.tapi bila tengok takde orang
3.rasa diri sendiri adalah Presiden,Saddam Hussein dan Mahdi Al Muntazar (imam mahdi).
4.rasa nak bunuh diri dan pernah cuba untuk membunuh diri.



tapi paling aku takut sekali adalah yang nombor 1 dan 2.

sebab mungkin aku memang tak pernah berani bab-bab hantu syaitan jin rasuk histeria ni.banyak sangat tengok cerita X-Files dan cerita It (hantu badut yang gila takottt) agaknya.


bukan apa,sebab aku mengimani ayat albaqarah yang ke 3,jadi mungkin susah untuk aku memandang aduan2 ni secara saintifik.dopamine kurang,serotonin tinggi kejadah,sebabnya sampai kini sains tak dapat nak buktikan punca masalah2 ni.semua hanya hypothesis.


ingat tak ketika Rasulullah saw pernah pergi ajar kepada Jin mengenai Qur'an. (rujuk surah al-Jinn).


ingat tak ketika para sahabat semua ternganga apabila mendengar Surah Ar-Rahman (part ayat yang sama banyak kali) ,Rasul bersabda,'sesungguhnya para Jin lebih baik respons mereka dari kamu apabila mendengar ayat ini..'


ingat tak cerita pasal dalam neraka,ketika semua ahli neraka saling memaki dan marah2 serta emo dengan syaitan yang menyebabkan diorang semua diazab dan diseksa.Syaitan dengan rilek menjawab "aku hanya membisik-bisik kepada korang.yang korang ikut aphal?aku bukan ade kuasa untuk memaksa korang menuruti bisikan aku.harini aku berlepas dengan korang,sebab pada hari ni semua nya dibalas atas perbuatan masing2."


jadiii,point aku adalah,mungkin,maybe,mumkin, apa yang pesakit nampak dan dengar tu adalah betul2 syaitan.

1. (tak termasuk bisikan yang kita betul2 tak perasan,yang hari2 kita alami)
2. (sekadar pendapat peribadi.kalau salah tolong jolokkan.haha)


lagipun,aku percaya sains bukan segalanya.bukan semua sains boleh terangkan.


apa-apapun,seharusnya kita kagum dengan keluasan ilmu ALlah yang tak bertepi dan tunduk akur akan kekuasaan Nya..


aku macam nak tulis cerita-cerita hantu yang pernah berlaku secara realiti depan mata aku kat sini,tapi takut plak karang die ikut sampai ke sini..matila.



ulp.macam ade orang ketuk pintu...

Saturday, January 30, 2010

senang je tuu

aku memang jenis tak suka nak menyusahkan orang.(sebab aku tak suka orang menyusahkan aku)

sebab tu,sampai sekarang aku tak pernah dilantik dengan jawatan besar-besar.sebab aku suka buat kerja sendiri-sendiri.bila kita buat kerja sendiri-sendiri,hasil adalah terbatas sebab kemampuan diri sendiri adalah terbatas.

tapi aku memang suka buat kerja sorang sorang.

Halim pernah marah aku sebab time aku jadi biro apentah untuk Maarad Thaqafi Just zaman batu dulu (tak ingat bile).Sebab buat kerja sorang-sorang,malas nak lantik ahli biro.


Aku rasa sebenarnya semua adalah 'doable' dan 'manageble' kalau betul cara dan tekniknya.



zaman intec dan pre-jordan
orang-orang ; rasa-rasa senang ke medic nanti?
aku ; senang je..pejam mata.


zaman abg rahim , abg nahar (ikip) nak bagi amanah ketua mara
abg rahim ; anta nak tak nak anta memang kene jadi ketua sebab anta sorang je lelaki..
aku ; tak de masalah la abg rahim..small matter.


zaman amek exam make-up RS
orang-orang ; gile kau..susah tu exam RS
aku ; tengokla camne..aku rasa aku boleh je buat.



tahun 2,piala futsal permata
abg rahmat ; anta marking muhaimin..striker power tu
aku ; boleh boleh..abg pergi la attacking sikit,ana handle bawah ok



tapi selepas membaca entri aiman pasal kahwin..
aiman aka abu asiah ; perkahwinan bukan semudah ABC..
aku ; hmmmmm

Saturday, January 23, 2010

aku dah jumpe

fes skali,maafkan aku sebab dah lame xmenulis.rasanya tahun 5 ni mmg challenging (eventhough people say 5th year is the honeymoon year..yeah wuteva).

sebab ape 5th ni mencabar sebabnye adelah exam banyak sangat.yelah walaupun minor subjects,tapi bila exam,kita kene la stadi.so bila stadi,imean dalam artikata sebenar stadi,kita selalunya rasa stress.mungkin stress tu datang sebab exam tu adalah amanah...amanah dari parents,dari scholar,dari Allah..




seken,lusa aku exam Obs and Gyne.aku nak confess satu benda.aku memang xmau jadi pakar sakit puan.tolong la.plis.(korang baca ayat ni banyak2 supaya jadi doa).

satu sebab aku lemah math (malas nak congak period orang)
dua sebab aku rasa doctor perempuan lebih aula dari aku (arguable)
tiga...sebab ramai budak perempuan nak jadi pakar sakit puan..kot??(kecik2 aku baca majalah adik kat ruang ahli..cita-cita masing nak jadi pakar sakit puan.[kantoi usha perempuan kat majalah adik..tak senonoh!!])





ketiga.aku sedar bahawa kita kene terima hidup ni macam roda.contoh nak dibawa disini adalah macam result exam.kat sekolah dulu,aku antara orang yang hot..imean scorer jugak la kot.haha mengaku hot.imean scorer.


aku ingat,kalau kelua result tu,aku dalam hati macam dah expect la markah yang ok.


tapi sejak 5 tahun medic ni,mmg xde satu pun xm yang aku boleh lay back and just wait for somebody to tell me 'gile marwan power benar kau, '.

memang kita semua nak excellent dan hebat dan tere,tapi..kadang2 Allah lebih tau mane yang lebih untuk kita.mungkin Dia nak kita usaha lagi,mungkin niat kita tak betul lagi,mungkin kalau kita scorer kita lupa diri,mungkin dan mungkin dan mungkin.


anyhow,satu mende yang aku tak pernah tinggal hatta esok exam sekalipun.baca quran.dan harini bila aku baca,aku jumpa satu ayat yg buat aku jumpa remedy untuk 5 tahun kegelisahan aku tentang exam.




Sahih International
And how many a creature carries not its [own] provision. Allah provides for it and for you. And He is the Hearing, the Knowing.
Tafsir al-Jalalayn
And how many (ka-ayyin means kam) an animal there is that does not bear its own provision, on account of its inability [to do so]. Yet God provides for it, and for you, O Emigrants (al-muhājirūn), even when you carry with you neither supplies nor substance. And He is the Hearer, of your sayings, the Knower, of your consciences.
al-ankabut.60.

Wednesday, December 23, 2009

jom pakat kita makan banyak-banyak

alkisahnya, imam syafie pada suatu hari pergi ke kenduri kendara bersama imam ahmad.maka pada setiap majlis yang mereka hadiri tu dihidangkan makanan yang lazat-lazat dan menyelerakan.tetapi imam syafie hanya makan sedikit sahaja dan imam ahmad menyedari perbuatan imam syafie tersebut.


maka pada ketika yang lain,imam ahmad menjemput imam syafie datang kerumahnya untuk menjamah selera.imam ahmad pun menyediakan makanan yang enak lalu menjemput imam syafie untuk makan.


untuk kejutan imam ahmad,imam syafie makan dengan begitu banyak sekali.sehingga bertambah-tambah,tidak seperti yang dilakukan kebiasaannya oleh imam syafie.


lalu imam ahmad bertanya mengenai hal tersebut.

jawab imam syafie, 'aku hanya makan sedikit di majlis majlis tersebut kerana aku tidak pasti akan halal haram harta tuan majlis dan makanan tersebut.tetapi untuk engkau,aku amat yakin ianya berpunca dari sumber yang halal dan bersih,oleh itu aku hendak memenuhkan seluruh tubuhku dari sumber harta yang halal'.



1.diceritakan oleh pak syeikh arab,amek masters bidang tafsir di uni yarmuk.
2.okeh dah boleh sambung menulis untuk PSL

Saturday, December 12, 2009

Director's Pick ; Preview PSL

BACKGROUND ; Setelah kebanyakan pemain PSL bercuti ke Turki,Malaysia,Kepulauan Bahamas dan mengerjakan Haji,minggu ini kita disajikan dengan pertembungan Real Benchwarmer FCdan Warung Din Selamat FC.Warung Din masih perfect dengan 2 perlawanan,2 kemenangan manakala Wassiek dan kawan-kawan sedang berkobar-kobar dengan kehadiran En. Hasmat yang membantu mereka menang dalam perlawanan yang lepas.

RB
; Selepas kemenangan besar perlawanan sebelum ini,ternyata RB tidak patut diketepikan sebagai calon juara PSL.Dengan En Hasmat yang bertindak sebagai DM,Wassiek dan Tadin mampu menyerang dengan senang hati.Tetapi peminat RB masih meragui keberkesanan pasangan pertahanan Zhafri-Muiz yang kelihatan agak longgar...........more at permai super league.

Tuesday, December 1, 2009

Brick By Boring Brick

If it's not real
You can't hold it in your hand
You can't feel it with your heart
And I won't believe it
But if it's true
You can see it with your eyes
Oh even in the dark
And that's where I want to be


Tuesday, November 17, 2009

aku dan cristiano ronaldo

selepas solat isya' tadi aku pergi ke al-ghazawi.nak beli barang2 keperluan rumah.dengan bekalan 20jd untuk habis november (saving mode) erat aku genggam dalam tapak tangan.


so,the very first thing aku capai dalam supermarket adalah indomee 2 paket.satu perisa ayam spesel dan ayam kaldu (eventho i still dont know what kaldu suppose to mean,after 5 years).cukup kot untuk survive 1 minggu.plus minus.



kemudian aku pergi section rambut.gel rambut dah nak habis.gel cap ayam mmg aku xbagi 2nd thought.aku bab accessories ni kene mahal2 sikit.biar makan megi,jangan gel cap ayam.tu prinsip aku kejap betul2 dalam dada.


kemudian setelah amek gel paling mahal yang mampu dijual oleh ghazawi,baru aku teringat deodorant dah nak habis.so sebelum habis baik topap,ye tak.


ada macam2 jenis deodorant yang ditawarkan.aku carik yang paling mahal.hmm,dilemma.sebab ade cap nivea,yang c.ronaldo buat iklan tu.


aku dengan c.ronaldo mmg tak ngam.dari dulu.die tadika lain,aku tadika ISLAM NAIM.die suke makan spagetti (haha bajet itali) aku suke makan karipap.aku suka perempuan pakai tudung,die jenis tak kisah.so mudah cakap aku dengan die mmg tak sebulu.


tapi part melaram,kite mmg satu prinsip.main bola kene hensem.bia kalah 10-o,tapi jangan rambut macam musang.biar lompat ketiak terbukak luas,asal bau deodorant kuat.


tu yang aku sipi2 nak ambil deodorant cap nivea itu hari.kalau tak kenang kan el classico lagi 2 minggu,memang pasni lalu syari' jamiah orang boleh mintak autograf.










pernah aku nak mintak brader kedai potong rambut style ular,macam c.ronaldo.tapi nak cakap dalam arab 'zai hayy' macam pelik sangat pulak.

Friday, November 6, 2009

the first step is the hardest step

kehadapan team mate X FC (masih belum ditentukan) ku yang dihormati.

perlawanan pembukaan PSL harini banyak mengajar kita bukan?ya,kita semua telah diayam dan disembelih 3-0 oleh team warung ust din selamat.kita sama kucar kacir di tengah padang,depan padang hingga ke bahagian belakang gol.

janganlah kita menyalahkan sesiapa kerana team itu ibarat henfon sony ericsson yang rosak keypadnya,rosak satu key maka temperlah empunyanya.

apa yang penting,kita cuba sedaya upaya,cuba mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan kawan2 kita yang sama2 berusaha dan mengalirkan peluh demi maruah team X.


rome was not build in one day.sape tahu team kita boleh pergi jauh,cuma permulaan yang buruk tak semestinya akan menentukan course keseluruhan PSL ni.pastikan kita cuba yang terbaik dan baiki kelemahan masing2.



cuma yang paling utama dan terutama,niat kita join PSL ni kerana apa?




pastikan anda yang tak in wavelength dengan entri kali ni melayari web PSL di http://permaisuperleague.blogspot.com/

Saturday, October 31, 2009

bitter tart still in demand



warga irbid mungkin dah tengok filem ni.tapi untuk peminat2 edward cullen khususnya ataupun twilight series am nya,jangan ketinggalan menonton kemunculan cameo mar cullen (adek sedara edward cullen) dalam bitter.tart ni.

Friday, October 23, 2009

tingkat berapa

kalau korang yang dah mula klinikal,gerenti akan menikmati kehidupan di KAUH.yang dikatakan antara hospital terhebat di jordan.sebenarnya mmg hebat,hospital klang tu macam ketinggalan adelah dalam 4 5 tahun.



so kehidupan di KAUH agak perit.kebanyakan rotations memerlukan korang tiba pada pukul 8.15am.means bertolak dari irbid dalam pukul 7.30.means kene keluar rumah pukul 7.15 atau lebih kurang.


doktor2 KAUH pun kebanyakannya agak strict berbanding dengan doktor2 hospital lain.sebab mungkin nak jaga standed JUST,KAUH dan Jordan umumnya.


dekat KAUH ni kalau tak naik lif alamatnya pengsan la.esp kalau nak ke CCU,tingkat atas2.nak turun pun rase, "bile nak sampai GF ni hah??"



ade satu kali,lepas exam ortho.aku dengan pening2 ayam,cepat2 masuk lif.penuh tak penuh jugak la.ada makcik2 kampung,ada budak2 4th yang baru habis amek history (agaknya) , budak2 6th year baru habis xm OnG.semua nak cepat2 turun.



so out of the blue makcik2 badwi tu macam tanye kat brader tepi pintu lif.

'Aku nak pergi department 'SUKKARI' (diabetes).kat mane ye?'


semua diam.penat kot.nak cepat balik rumah pun mungkin.



tetiba ade seorang budak yang amat berbudi bahasa menjawab soalan makcik tersebut dengan sopan, 'tingkat S makcik'.




aku tergelak sampai tingkat GF.





tafsiran ; sepatutnya makcik tersebut pergi ke tingkat 6 7 atau 8 (aku pun dah xpasti haha).sebab kat situ la deparment internal medicine untuk pt diabetes.

tingkat S pula adalah untuk tingkat Services,macam katil2,selimut2,bantal2,makanan2, dan entah sebab aku pun tak pernah lepak2 situ.

budak tu pun bantai tingkat S sebab department Sukkari agaknya.ciss

Monday, August 3, 2009

si dia yang bernama Hadi

ku coretkan entri ini untuk tatapan mu Hadi,walaupun ku tau ko memang tak hengen nak baca blog aku.



alhamdulillah,baru-baru ni aku berpeluang untuk menziarahi spiesis yang amat rare untuk dijumpai di majlis2 ataupun parti2 karaoke yang ada kat irbid ni.ya,beliaulah yang bernama Hadi.

aku syak junior tahun 1 pun gerenti ramai yang tak kenal Hadi.ye,beliau memang low profile,tawaddhu', pemalu , cute dan suke gelak kuat2.


aku ni somehow adela modal nak sembang dan buat lawak dengan Hadi.especially kalau pasal bola sepak, arsenal fc , managerial thingy , dan kadang2 harga turun naik pasaran hatay di Mat'amjie.kira kalau terperangkap dalam gua ashabul kahfi tu adelah modal nak sembang.


haa terus kepada moral cerita, hadi ni bukan pendiam macam orang awam sangka.beliau peramah dan easy going sebenarnya.cuma kene adjust sikit la topik tu, kalau bukak cerita urtv dan mangga aku tak yakinla hadi akan layan korang.



contohnya, ni time aku ziarah budak2 batch mep5 aritu (ye,kutip duit untuk sama2 hadiahkan stroller untuk asiah awatif binti aiman) sempat la update pasal hadi.


so aku bukak story.


'camni hadi,abang aizat cadangkan batch kita dengan batch atas supaya kumpulkan duit untuk beli something untuk asiah..' aku umpan slow-slow.


'ok..pastu?' jawab hadi sambil tak nak hidang air untuk aku.cisss


'pastu aku tanyala aiman..man,oo man..ko rasa2 ape yang asiah perlukan untuk sekarang ni?'


'aku rasa asiah perlukan stroller la...jawab aiman,' aku explain.


aku tenung muka hadi.harap2 dia dah dapat tangkap la aku nak mintak duit.dia tersenyum.aku konpius.selalunya hadi cam banyak soal kalau bab duit.


tapi dengan selambenye dia buat lawak yang sampai aku rasa nak karate tenggorok dia.


'tapi aku rasa asiah lagi perlukan pendidikan daripada stroller,' jawab hadi sambil tergelak besar macam selalu dia buat.

Saturday, July 25, 2009

Sri Andalas Racing Club (bakal menjadi seperti Williams F1)

sedari sejak kecil,apa-apa acara yang melibatkan kelajuan kaki aku memang tak berapa yakin dengan diri sendiri.


darjah 4,sekolah nak cari wakil sekolah untuk masuk MSSD (majlis sukan sekolah daerah kalau tak silap). aku terus sign up.sebabnya time saringan tu kebetulan sebelum ada saringan untuk carik team bola sepak sekolah (ni kene ada entri lain).jadi macam orang tua cakap, alang-alang menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.

kitorang yang berharap ni beratur panjang.dalam 50 budak jugak aku kira.aku bajet memang xboleh pergi jauh ni,sebab yang masuk bukan calang-calang.budak-budak Shah Alam memang hujung kaki aku je.bajet budak bandar la korang.

tapi yang buat aku cuak budak-budak Meru,budak Sijangkang,budak Kapar,budak Batu Belah,budak Puchong..muka semua ganas-ganas.budak kampung.kaki berparut macam baru balik perang.


bile wisel bertiup je,aku pejam mata kejap-kejap.langkah kaki besar-besar.debu masuk hidung aku rilek.ada aku dengar budak jatuh tergolek,sebab terpijak kaki member.dah macam pelarian mexico kene kejar dek polis amerika pulak aku rasa.

sedar-sedar dah sampai penamat.tak sangka budak andalas yang di-ikon-kan macam budak Bukit Bintang atau Los Angeles macam aku ni lepas jugak saringan pertama lumba lari.bangga.
seken round saringan tak payah aku cerita.tak rasa hero la pulak kan.


+++

lumba basikal,selalu dekat taman permainan depan rumah,jalan sri damak,taman sri andalas.

basikal dah bes dah BMX,tapi kalah jugak dengan adzim.budak-budak ejek,adzim yang pendek pun boleh kalahkan aku yang kaki panjang.

aku bagi alasan sebab nak elak pakcik makcik yang tengah jogging atas trek.logik apa.

++

ni esok,last round nak race go cart dengan budak-budak otai racing sebelum balik malaysia.
somehow aku rasa yakin kalau berlumba yang tak melibatkan kelajuan kaki ni.rekod sebelum ni agak baik,tapi bile dengar awe cerita rekod budak sakan dalam go carting,bergetar jugak jantung ni.


okeh nak rehatkan kaki supaya dapat tekan accelator dengan mapan esok.





mar-raikkonen mengekori rapat achap-macker sebelum ditinggalkan jauh oleh beliau

Tuesday, July 21, 2009

tak sabar nak masuk MHI..dapat masuk pop kuiz pun ok la





tak payah tengok panjang-panjang..yang penting perkataan mustashfa malik 'abdullah al-muassas (tempat aku dengan kawan-kawan diternak menjadi doktor..amin)