Sunday, March 20, 2011

jangan banyak tanya

gila lama aku tak tulis sampai username dgn password pun aku dah lupe

anyhow pagi ni aku nak tulis pasal german..sebab byk aku dengar fakta2 yg tak betul pasal german,dan yg tak tau meh aku nak bgtau.

1.di german,anda boleh amek specialty mane2 yg anda mahu.tapi atas nasihat senior2,better go for surgery specialties,yg lain2 kurang bagus or khallik bil USMLE.


2.nak g german ade 2 syarat,satu kene ade pengalaman bekerja 1 tahun (as a h/o atau imtiyaz).dua,kene ade sijil german language tahap b2 dari GOETHE.


3.sebab ape better g german after imtiyaz,sebab imtiyaz sane xberbayar,susah utk foreigners.


4.di german 'ala tul terus masuk specialty yg dikehendaki.misalnya nak jadi urology.so urology adelah subspecialty surgery.so sampai2 di hosp,korang terus jadi m/o atau muqim surgery.selepas 2 tahun ade xm board surgery then boleh terus masuk team urology.


5.down side german ialah setakat yg aku tahu masih belum diiktiraf oleh malaysia.anyhow,medicine is ever developing field,and as we know germany is the most advance country for medicine..so sape tahu dalam2 4 5 6 tahun korg kat sane nnt malaysia iktiraf pakar2 dr german.

tahu x basically nama2 signs dan byk alatan medic tu bahasa german.cari sendiri.


6.aku nak tulis pro german,tp next time kot (if this post takes for a year for me to write,so u guys should wait till another year)



aufwiedersehen!

Friday, August 13, 2010

sebbaik aku hafal

alhamdulillah,kita masih di awal bulan ramadhan.teringat pulak hadis yg lebih kurang, 'celaka lah orang yang berada didalam bulan ramadhan,tapi dosanya tidak terampun..'

jadi aku nak cerita mengenai pengalaman di kursus pra perkahwinan.overallnya aku nampak kursus ni adelah satu tindakan yang bernas daripada pihak agama islam untuk mempersiapkan orang islam yang nak mendirikan rumah tangga.

konten kursus ni mudah je - ulangkaji semua ilmu fardhu ain yang dah dibelajar di sekolah.tapi edisi yg dah dicompresskan dengan winzip berkali2 ganda.2 jam ustazah tu cerita dari bab air mutlak sampai ke bab haji.sikit lagi aku nak terjun tingkap.

tapi paling bes adelah bila kita nampak realiti masyarakat muda mudi.



makanya ustazah tu storylah pasal bab solat..rukun pertama adelah niat etc etc.

pastu sebab die nampak sume orang macam tido,die pun tanye..ok abang yang belah tingkap tu cube jawab..apekah die bacaan duduk antara 2 sujud?

maka brader macho sebelah aku ni pun bangun.semua orang pandang.aku pun macam baru sedar2 dari lalok terus segar.

5 saat.diam.

6 saat.brader2 rempit belakang dah mule gelak2.

7 saat.brader2 tepi,belakang depan mule macam nak tolong.ade yang cakap 'rabbighfirli..', 'allahummahdina..,' 'allahumma bariklana..,' ade yang macam jampi serapah jawa pun ade tapi aku xpasti.

8.008 saat.ustazah ni macam naik hot.kamu tak tau ke??tak tau sazah..jawab brader tu lembut.ustazah tu terus macam memahami.

hah kamu!tolong abang sebelah kamu tu, arah ustazah kepada aku.






syukur aku diajar untuk solat sejak kecik.

Friday, August 6, 2010

penat balik spital sedap jugak kalau ade orang urut haha

dear blog.sorry being away for too long.as u know i had a hectic period of time where ;

1. 5th year exams (11 sabjek..banyak ye)
2.marriage preparation (mental dan fizikal, batin dan zahir)
3.elective posting at HTAR (2nd busiest hosp in Malaysia..ade khilaf)
4.marriage
5.post - marriage thingy
6.honeymoon aka mengabiskan duit

so actually i have a lot of things in my mind to write but..since i just finished my elective posting just now - let me have deep breath nantilah i continue to write.

Monday, March 22, 2010

Kenya Revisited

Pengalaman kami bertiga ke Kenya atas jemputan Abdul Rahman memang tak dapat dilupakan.Harapnya dapat lagi menjejakkan kaki ke benua Afrika ni.Kalau diberi pilihan antara pergi europe dan afrika,tentu aku pilih afrika..haha.





Dalam Perjalanan ke Masai Mara.Great Rift Valley ni bersambung hingga ke Jordan.




Golden Hour di Masai Mara.Subhanallah.




Survival of the Fittest.Ekologi.Bangkai pun ada manfaatnya.





Pandangan Back View dari kenderaan kami.Sekumpulan buffalo sedang migrate dari Tanzania.Jeep tersebut berhenti untuk menangkap gambar.


Pakcik Canon ni memang tak terkalahkan.Agaknya lens tu berapa mm ek?


Jeep yang sama.Pemandangan yang indah sekali.


Giraffe yang isolated dari kawanannya.Great back-ground.Seluas mata memandang.



David dari NZ.Kelihatan antelope spisis oryx (agaknya) sedang makan rumput sambil berlatar belakangkan bukit di Masai Mara.


Mad di awal-awal pengembaraan ke Kenya.Lawat zoo dulu,dah advance baru pergi safari.


Bersama Mcdonald Mariga versi muslim di Eastleigh.Eastleigh adalah pinggiran Nairobi (capital Kenya) yang majoritinya adalah Muslim,ramai immigrant dari Somalia akibat perang.Hotel kitorang Hiddik Hotel betul-betul depan masjid.Kalau solat dalam bilik tu nampak sangat la pemalas.

Tuesday, March 2, 2010

terima kasih mama

Aku teringat kisah ketika darjah dua,dalam kelas bahasa Arab.Muallimah yang berpurdah tanya ; Marwan,apakah perkataan itik dalam Bahasa Arab?' sambil mendekati aku.

Cuak segera datang.Aku mane tere bahasa arab ni.Kat rumah aku speaking english (haha).Paper ayah aku subscribe The Star,kadang2 ade Harakah.Kat kampung Taiping layan Manga,kat kampung Port Klang layan Gila-Gila.Celah mana nak tau itik dalam bahasa Arab.


Dengan sedikit logik dan ilmu alam yang aku dapat dari 8 tahun kehidupan,aku yakin menjawab.
"DUCKTUN muallimah!" [duck-tun].

serentak dengan tu jabir dan budak2 lain gelak.yang geng2 baik buat2 tak nampak,sambil konon2 salin nota amendentah.

"Sape ajar ducktun nihh???" pedih luka segera terasa di area right flank kerana dicubit kuat oleh muallimah berpurdah.Adoi,boleh tahan juga muallimah ni.hampir2 nak menitis air mata jejaka aku.


memang lepas tu,bahasa arab aku cannot go.markah area2 50-40-45-50-60.

Mak aku cukup prihatin.dia sedar aku susah nak paham arab.tapi apakah daya,dia pun graduan uni sheffield,nak sound lebih2 pun dia tak boleh.tapi setiap hari lepas makan malam dan mengaji,dia akan suruh aku bukak buku bahasa arab,belajar sama-sama.kadang2 dia yang lagi tahu vocab perkataan-perkataan yang aku dah belajar.

sampai satu tahap,mak aku buat keputusan untuk amek course bahasa arab di Uitm.aku berasa kagum sangat dengan kesungguhan beliau.


sampai sekarang,kalau sape2 yang rajin korek2 bakul mainan adek aku,almari2 lama akan jumpa banyak kaset2 arab yang mak aku guna untuk belajar.






Oh,kalaulah mak aku tak bersungguh2 suruh aku belajar bahasa arab,belajar sama2 dengan aku dan pergi ke shah alam malam2 untuk belajar bahasa arab,adakah aku berada disini sekarang?

Wednesday, February 24, 2010

Joan Laporta

Diminta komentarnya mengenai Real Madrid kemenangan 6-2 melawan Villarreal di Santiago Bernabeu akhir pekan lalu, Presiden Barcelona Joan Laporta mengaku tidak mempunyai menonton perlawanan, malu-malu menjawab: "Aku melihat seorang 2-6 setahun yang lalu", merujuk kepada Barcelona's thrashing daripada Los Blancos musim lalu di Santiago Bernabeu.

Sebagaimana dilaporkan Sport, Laporta menambah bahawa alih-alih menonton perlawanan, ia merayakan tim basket Barcelona Copa del Rey mendakwa gelaran dengan kemenangan atas Real Madrid di final kemarin.

Akhirnya, diminta untuk mengomentari Cristiano Ronaldo's idolisation di ibu negara Sepanyol, Laporta berkomentar bahawa Lionel Messi / Ronaldo perbandingan motivasi. "Saya membayangkan bahawa mereka juga memikirkan yang skor yang paling tujuan atau memberikan yang paling membantu. Ini adalah sesuatu yang bercita-cita untuk setiap profesional.




artikel asal sini.
terima kasih kepada google translate kerana membantu kefahaman untuk penyokong Real Madrid di luar sana.hahah




Thursday, February 18, 2010

budak perempuan

masih bercerita tentang wad psychiatric.

sakit jiwa betul.kejadian ni memang mencabar maruah aku sebagai lelaki.

marwan hadiid.marwan besi.tak cukup lelaki ke?

our name is our virtue bak kata jason mraz.



ceritanya pada suatu hari yang biasa-biasa,aku ambil history dengan kawan-kawan.

kitorang sembang dalam dorm diorang.aku dengan patient duduk sebelah menyebelah atas satu katil,kawan-kawan lain duduk mengadap kitorang di katil sebelah.

sampai satu part,patient tu tanya budak-budak arab dalam bahasa arab dengan anggapan aku tak faham.


'Budak sebelah aku ni budak perempuan ke?'





rasa nak naik sawan aku mendengarnya.ejard dah bantai gelak terbahak-bahak.

cis...