Saturday, October 31, 2009

bitter tart still in demand



warga irbid mungkin dah tengok filem ni.tapi untuk peminat2 edward cullen khususnya ataupun twilight series am nya,jangan ketinggalan menonton kemunculan cameo mar cullen (adek sedara edward cullen) dalam bitter.tart ni.

Friday, October 23, 2009

tingkat berapa

kalau korang yang dah mula klinikal,gerenti akan menikmati kehidupan di KAUH.yang dikatakan antara hospital terhebat di jordan.sebenarnya mmg hebat,hospital klang tu macam ketinggalan adelah dalam 4 5 tahun.



so kehidupan di KAUH agak perit.kebanyakan rotations memerlukan korang tiba pada pukul 8.15am.means bertolak dari irbid dalam pukul 7.30.means kene keluar rumah pukul 7.15 atau lebih kurang.


doktor2 KAUH pun kebanyakannya agak strict berbanding dengan doktor2 hospital lain.sebab mungkin nak jaga standed JUST,KAUH dan Jordan umumnya.


dekat KAUH ni kalau tak naik lif alamatnya pengsan la.esp kalau nak ke CCU,tingkat atas2.nak turun pun rase, "bile nak sampai GF ni hah??"



ade satu kali,lepas exam ortho.aku dengan pening2 ayam,cepat2 masuk lif.penuh tak penuh jugak la.ada makcik2 kampung,ada budak2 4th yang baru habis amek history (agaknya) , budak2 6th year baru habis xm OnG.semua nak cepat2 turun.



so out of the blue makcik2 badwi tu macam tanye kat brader tepi pintu lif.

'Aku nak pergi department 'SUKKARI' (diabetes).kat mane ye?'


semua diam.penat kot.nak cepat balik rumah pun mungkin.



tetiba ade seorang budak yang amat berbudi bahasa menjawab soalan makcik tersebut dengan sopan, 'tingkat S makcik'.




aku tergelak sampai tingkat GF.





tafsiran ; sepatutnya makcik tersebut pergi ke tingkat 6 7 atau 8 (aku pun dah xpasti haha).sebab kat situ la deparment internal medicine untuk pt diabetes.

tingkat S pula adalah untuk tingkat Services,macam katil2,selimut2,bantal2,makanan2, dan entah sebab aku pun tak pernah lepak2 situ.

budak tu pun bantai tingkat S sebab department Sukkari agaknya.ciss